Thursday, December 30, 2010

kosong

hari ini
percaturan penuh sampai ke malam
buatku penat
lenguh-lenguh segala sendi
tidur malam ini pasti lena
tetapi entah kenapa
aku dibayangi kenangan lama
terus hati ini
dipaut rasa syahdu
rindu benar sama kamu
yang jauh di perantauan
menghitung hari
bilakah kita kan bertemu
seperti dulu-dulu
bila diaju pertanyaan sebegitu
pasti kau akan berdiam diri
aku tau
kau tiada jawapan
aku mengerti
inilah kisah hidup kita
moga aku tabah
meniti hari-hari mendatang
walaupun sering kali
kaki ini terhenti
berat untuk diteruskan

Wednesday, December 29, 2010

'Giveaway Separuh Jiwang'


first time blog aku yang ni nak masuk ga...td duk jenjalan, terpandang la giveaway separuh jiwang, terus hati ini terpikat...oleh itu, aku nak join hokeh...

kenapa aku sebok nak join ga ni?
sebab utama adalah, aku suka ngan word separuh jiwang dia tuh...ada meaning la tu kan...sbb tu aku tak letak entry ni kat blog utama aku, aku letak kat sini...sebab kat sini hampir sume entry aku tulis sendiri, based on apa yang tangan aku nak tulis, hati aku nak cakap, dan mata aku nak rasa...kalau rasa aku jiwang, maka jiwanglah aku, kalau rasa aku tak jiwang, maka tak jiwanglah aku...

aku sahut cabaran penganjur ga...aku separuh jiwang...

dgn ini, aku nak tag

okeh...setel sumenya...

Tuesday, December 28, 2010

aku insan biasa

tutur kataku biasa
gerak tariku biasa
langkah hayunku biasa
tulisanku juga biasa
tiada yang istimewa
tiada yang hebat
andai kata kau mengagumiku
benarkan untuk aku bertanya
di manakah yang kau berminat
apakah yang menarik perhatianmu
andai kata kau membenciku
benarkan juga untuk aku bertanya
di manakah yang kau tidak gemari
apakah yang menyakiti dirimu
kerana aku perlukan itu semua
buat perbandingan diri ini
tidak selamanya aku
menjadi insan biasa
impianku besar
sebesar lautan biru
di tepi tasik hijau
dikelilingin pepohon merimbun
yang berbunga putih
tak terjangkau dek akal biasa

Saturday, December 25, 2010

dendam

dendam itu asalnya api
dalam diam ia meniti
di setiap ceruk hati
membakar tanpa disedari
jika dulu nurani berseri-seri
punya hati yang sepi
dari sebarang caci keji
sekali terkuis dek benci
cukup payah untuk menjauhi
semakin dicuba semakin memeri
jika tidak diubati
pasti membawa mati

Thursday, December 23, 2010

suatu ketika

di subuh hening
aku membuka mata
menandakan bermulanya pagiku
perjalanan hari ini masih panjang
langkah perlu diatur
disusun dan dihayun
menuju kejayaan
kegagalan semalam
perlu ditebus
jika bukan aku
siapa lagi
kerana itulah
harga bagi pengorbanan
apabila penat
beradu seketika
pengabdian sejati
tidakkan bermakna tanpa perjalanan
malam menginjak
penat lelah di siangnya
perlu dikendurkan
kelopak mata mulai berat
lalu tertutup
berakhir satu lembaran hidup
yang bergelar
satu hari dalam hidup ini

Tuesday, December 21, 2010

kalau berdua

kata orang
berdua lebih baik
tapi kalau dah berdua
nanti jadi bertiga

kata orang
berdua lebih romantik
awak cakap dengan saya
saya dengar awak cakap

kata orang
berdua lebih kuat
orang nak kacau saya
nanti awak tolong selamatkan

kata orang
berdua lebih afdal
awak jadi imam
saya jadi makmum

kata orang
berdua lebih bagus
kerja yang berat jadi ringan
hidup pun senang

Monday, December 20, 2010

kehampaan

setelah sekian lama
aku mengabdi diri
hanya untuk dirimu
tidak ku sangka
ini balasan yang ku terima
kurangkah perhatian yang telah ku beri
atau sedikitkah kasih yang telah ku tabur
sehingga ini yang ku terima
setelah mencintai dirimu sepenuh hati
betapa kau mudah melupakan segalanya
kau pergi berlalu
tanpa menoleh lagi
hampa hati ini
tiada yang tahu
jika itu keputusanmu
aku akur

Sunday, December 12, 2010

biarkan

kau pergi begitu sahaja
meninggalkan aku terpinga-pinga
seperti orang buta
aku meraba mencari cahaya

kau diam tanpa berita
membuatkan aku tertanya-tanya
apakah kau dalam bahaya
atau dalam bahagia

kau biarkan aku
membisu dan terus membisu
apakah salah jika aku memburu
kebenaran andai ia milikku

Thursday, December 9, 2010

sejak aku mengenalmu

taken from penyair

Sejak aku mengenalimu
kuntum – kuntum bunga
di laman hati
beraroma dengan wangi
menjinakkan kegusaran
yang bertahun – tahun
hidup di rimba keharuan.

Aku ingin mengenali
seluruh daerah hatimu
ingin meneroka jalan
tanpa simpang dan liku
kerana di situ hatiku
akan bermukim
sehingga tamat
seluruh musim.

Sejak mengenalimu
semua pintu mula kubuka
agar kau yang pertama
sudi memasukinya
dan aku sudah
menyusun berhias
mesramu di setiap
ruang dan bahagian
agar lebih akrab
saling sayang menyayang
dengan kepercayaan.

Sejak mengenalimu
kudepa seluas langit
agar kau bisa
rasa dengup jantungku
yang tak pernah berhenti
dengan berharap.

Terima kasih..
rela aku mengenalimu.

~Moktha~
26 September 2010

Sajak : Sejak Aku Mengenalmu

Sunday, December 5, 2010

membaca dirimu

tanpa ketuk menyerbu pintu
dan salam meluru di bibir
setiap hari aku berkunjung
ke petak sempit di mata
tapi luas di kampung makna

saat ghairah kau punggah huruf
dari khutub khanah diri
ke ruang terbuka itu
khusyuk aku mentafsir makna
dalam diam aku membaca dirimu
yang bersembunyi
di balik huruf-huruf
yang kau sangka mati
tapi sentiasa hidup dalam fikirku

ruang sempit itu kelas terbuka
akulah pelajar yang dahaga
tanpa pintu dan jendela
aku bebas keluar dan masuk
menghirup didih sukmamu

shahrunizam abdul talib
bera, pahang
mingguan malaysia, 5 disember 2010

dari hati untuk hati

bunga selasih bunga melati
menjadi pujaan teruna dara
kita berkasih kerana hati
moga berkekalan hingga akhirnya

terbang tinggi si layang-layang
hinggap sebentar di pohon sena
kalau cemburu tanda sayang
kalau benci apa tandanya

inginku petik bulan dan bintang
untuk dianyam buat sang puteri
biar beribu batu kita terhalang
jauh di mata dekat di hati

lenggang-lenggok tari melayu
memikat hati sang arjuna
siang malam ku merindu
mengharap kasih dalam lena
Related Posts with Thumbnails