jangan dihimpit
jangan dipersoal
begitu banyak yang diterjah
hingga aku sendiri terdiam
kaku
bisu
aku bingung
tenggelam dalam oksigen
lemas di daratan
cukuplah semua itu
hentikan buat sementara
benarkan aku bernafas
menyedut udara segar
agar aku bisa berfikir
waras seperti biasa
aku penat
melayan persoalan tanpa kesudahan
kerna aku
punya tiada jawapan
Monday, January 24, 2011
Sunday, January 23, 2011
kusut
tugas tugas dan tugas
makin bertambah
bikin sesak
berkurang jarang sekali
bertambah berkali-kali
jika terasa kusut
buanglah pandangan yang ada
ke arah yang tenang
jalani perkara yang senang
hati yang padat
bisakan berkurang
hidup ini semakin kompleks
tidak guna menafi
kerana tiada kesan
tetapi ubahlah gaya pemikiran
hiasi dengan keredhaan
pasti hari yang kusut
menjadi tenang senang
kerana hari ini
kita yang tentukan
hari esok
kita yang rancang
makin bertambah
bikin sesak
berkurang jarang sekali
bertambah berkali-kali
jika terasa kusut
buanglah pandangan yang ada
ke arah yang tenang
jalani perkara yang senang
hati yang padat
bisakan berkurang
hidup ini semakin kompleks
tidak guna menafi
kerana tiada kesan
tetapi ubahlah gaya pemikiran
hiasi dengan keredhaan
pasti hari yang kusut
menjadi tenang senang
kerana hari ini
kita yang tentukan
hari esok
kita yang rancang
Saturday, January 22, 2011
pengertian
berani kerana benar
takut kerana salah
jika sudah benar
tapi masih takut-takut
bagaimana pula
pertemuan dan perpisahan
jodoh maut
semuanya di tangan tuhan
setiap perancangan
diserahkan saja pada si dia
jauh itu jarak
dekat itu juga jarak
tiada beza
tapi kenapa
masih wujud rindu
benci bilang cinta
marah bilang sayang
kalau hati sudah berkenan
tidak guna tunggu lagi
teruskan saja kehendak hati
bersulami hukum agama
dihiasi fitrah adat
takut kerana salah
jika sudah benar
tapi masih takut-takut
bagaimana pula
pertemuan dan perpisahan
jodoh maut
semuanya di tangan tuhan
setiap perancangan
diserahkan saja pada si dia
jauh itu jarak
dekat itu juga jarak
tiada beza
tapi kenapa
masih wujud rindu
benci bilang cinta
marah bilang sayang
kalau hati sudah berkenan
tidak guna tunggu lagi
teruskan saja kehendak hati
bersulami hukum agama
dihiasi fitrah adat
Friday, January 21, 2011
terasa
dunia ini
milik bersama
bukan ana yang punya
kita berkongsi
kita memberi
dan menerima
tiada manusia
yang hidup sendiri
inilah masyarakat namanya
semua benda berkait rapat
batasan hidup beramai
perlu dijaga
perlu diawasi
kerana silap langkah
buruk padahnya
halusi bicara
silap kata
buruk sendiri
tak bisa dipusing kembali
setiap detik yang berlalu
oleh itu
berhati-hati
ketika menabur budi
milik bersama
bukan ana yang punya
kita berkongsi
kita memberi
dan menerima
tiada manusia
yang hidup sendiri
inilah masyarakat namanya
semua benda berkait rapat
batasan hidup beramai
perlu dijaga
perlu diawasi
kerana silap langkah
buruk padahnya
halusi bicara
silap kata
buruk sendiri
tak bisa dipusing kembali
setiap detik yang berlalu
oleh itu
berhati-hati
ketika menabur budi
Thursday, January 20, 2011
air dicencang tidakkan putus
hubungan kekeluargaan
tetap tidakkan putus
walau jauh merantau
biar beribu batu
hatinya tetap sama
sayang menyayangi
sesama keluarga
jauh di mata
dekat di hati
susah payah bersama
tetap dikenang
tidak guna ucapan terima kasih
atau apa sahaja yang terkeluar
semuanya seakan satu kewajipan
menjaga kekeluargaan
agar tetap utuh
dan kukuh
sehingga ke titisan akhir
tetap tidakkan putus
walau jauh merantau
biar beribu batu
hatinya tetap sama
sayang menyayangi
sesama keluarga
jauh di mata
dekat di hati
susah payah bersama
tetap dikenang
tidak guna ucapan terima kasih
atau apa sahaja yang terkeluar
semuanya seakan satu kewajipan
menjaga kekeluargaan
agar tetap utuh
dan kukuh
sehingga ke titisan akhir
Wednesday, January 19, 2011
tik tok
semalam
hari ini
esok
lusa
semuanya berlalu
bakal berlalu
meninggalkan kita
sebuah kehidupan yang pasti
jangan dilari
jangan dielak
kerana harinya akan tiba
walau berguling
mahupun bergolek
tetap menghampiri
tiada apa yang perlu dilakukan
hanya tabah menempuh
biar dugaan sebesar lautan
biar cabaran sepanas berapi
kerana di bahumu
tergalas satu harapan
harapan setinggi gunung
tabahlah wahai hati
hari ini
esok
lusa
semuanya berlalu
bakal berlalu
meninggalkan kita
sebuah kehidupan yang pasti
jangan dilari
jangan dielak
kerana harinya akan tiba
walau berguling
mahupun bergolek
tetap menghampiri
tiada apa yang perlu dilakukan
hanya tabah menempuh
biar dugaan sebesar lautan
biar cabaran sepanas berapi
kerana di bahumu
tergalas satu harapan
harapan setinggi gunung
tabahlah wahai hati
Tuesday, January 18, 2011
kekasih gelapku
cinta pertama
mana bisa dilupa
biar beribu batu
kaki ini melangkah
namun namamu jua
yang terukir
di balik hayunan ini
biarpun
yang patah tumbuh
yang hilang berganti
wajahmu sering diingati
gelak tawamu
lirikan matamu
masih menambat hati ini
walaupun cinta baru
mekar segenap ruang
hati dan jiwa ini
namun
jauh di sudut hati
aku masih rindu kamu
berdosanya aku
mencintai insan lain
tapi masih merindumu
sungguh sukar melupakanmu
biarpun kini
kau sekadar
kekasih gelapku
mana bisa dilupa
biar beribu batu
kaki ini melangkah
namun namamu jua
yang terukir
di balik hayunan ini
biarpun
yang patah tumbuh
yang hilang berganti
wajahmu sering diingati
gelak tawamu
lirikan matamu
masih menambat hati ini
walaupun cinta baru
mekar segenap ruang
hati dan jiwa ini
namun
jauh di sudut hati
aku masih rindu kamu
berdosanya aku
mencintai insan lain
tapi masih merindumu
sungguh sukar melupakanmu
biarpun kini
kau sekadar
kekasih gelapku
Monday, January 17, 2011
warna kehidupan
putih itu suci
hitam itu kotor
merah itu dendam
kuning itu daulat
hijau itu keamanan
biru itu ketenangan
merah jambu itu ayu
coklat itu lembut
mana satu warna anda?
Sunday, January 16, 2011
ibarat kain putih
bayi yang baru dilahirkan
cukup rapat dengan kain putih
bukan kerana teksturnya
tapi kerana warnanya
putih boleh dicorakkan apa sahaja
boleh diwarnakan dengan apa sahaja
semuanya bergantung
bagaimana kehendak pencorak
kain itu tidak punya hak
tidak punya kuasa
menyuarakan rasa
bagaimana mahu mencorakkannya
Saturday, January 15, 2011
dendam kesumat
semalam
tidurku diganggu
dendam lama
menular kembali
menuntut pembalasan
menuntut pembelaan
telah ku cuba
alih pandangan
namun gagal
dendam itu
seakan-akan memanggil
jasad ini
jiwa ini
persetan itu semua
pergi kau
pergi
jangan diganggu hidup ini
Friday, January 14, 2011
salahkah jika aku terlupa
jika hari ini aku terlupa
dan masih lagi terlupa
biarpun hari telah berlalu
dan aku
masih lagi terlupa
aku pohon padamu
tolong ingatkan aku
tentang kisah lalu
tolong ingatkan aku
tentang kisah masa depan
agar aku bisa ingat
dan ingat
dan andai kata
aku tetap terlupa
selepas seketika
hanya kemaafan yang ku pohon
ingatanku semakin pudar
bukan aku yang sengaja
Thursday, January 13, 2011
di ufuk senja
garisan merah
sudah jelas kelihatan
menandakan bermulanya hari baru
pemisah hari semalam
sepatutnya
di kala ini
kita umat manusia
bertafakur sejenak
bermuhasabah
memikirkan segala salah dan silap
menuntut kemaafan
dan kempunan
dari si pencipta
tapi arus kemodenan
membuat manusia alpa
lupa pada tuhan
lupa pada janji
mereka terus bersatu
bersama alunan rancak
tidak kira senja
tidak kira dinihari
sudah jelas kelihatan
menandakan bermulanya hari baru
pemisah hari semalam
sepatutnya
di kala ini
kita umat manusia
bertafakur sejenak
bermuhasabah
memikirkan segala salah dan silap
menuntut kemaafan
dan kempunan
dari si pencipta
tapi arus kemodenan
membuat manusia alpa
lupa pada tuhan
lupa pada janji
mereka terus bersatu
bersama alunan rancak
tidak kira senja
tidak kira dinihari
Wednesday, January 12, 2011
terkurung sepi
penjara ini
mengajarku seribu erti
tentang hidup sendiri
dan mereka yang memerhati
penjara ini
memberiku seribu mimpi
betapa aku insan sepi
yang rindu pada dewi
penjara ini
mencatat seribu kisah hakiki
bermula dengan sesali
berakhir dengan tangisi
penjara ini
membuatku sedar diri
aku adalah milik ilahi
hanya dia tempat ku mengabdi
mengajarku seribu erti
tentang hidup sendiri
dan mereka yang memerhati
penjara ini
memberiku seribu mimpi
betapa aku insan sepi
yang rindu pada dewi
penjara ini
mencatat seribu kisah hakiki
bermula dengan sesali
berakhir dengan tangisi
penjara ini
membuatku sedar diri
aku adalah milik ilahi
hanya dia tempat ku mengabdi
Tuesday, January 11, 2011
tinta itu bersuara
sekian lama
diam tanpa bicara
kenapa
merajukkan ia
adakah sengketa lama
kembali menghantui
atau
sudah mahu berhenti
keluar dari kepompong biasa
satu per satu
persoalan yang timbul
namun tiada satu jawapan
kosong semata-mata
sehinggalah suatu hari
terdengar goresan
hati ini meronta-ronta
mahu bertanya
tapi bimbang
tersalah tafsir
aku diam membisu
kemudian
bahuku disentuh lembut
ada kertas usang
diserahkan kepadaku
aku meneliti setiap bait
oh sungguh syahdu
siapakah gerangan di sebaliknya
seraya aku terdengar
itulah kata-kata terakhir dari ibu
ibu?
ya ibu
ibu yang telah lama meninggalkan kami
mendoakan kami hidup senang
ibu...aku rindu padamu
diam tanpa bicara
kenapa
merajukkan ia
adakah sengketa lama
kembali menghantui
atau
sudah mahu berhenti
keluar dari kepompong biasa
satu per satu
persoalan yang timbul
namun tiada satu jawapan
kosong semata-mata
sehinggalah suatu hari
terdengar goresan
hati ini meronta-ronta
mahu bertanya
tapi bimbang
tersalah tafsir
aku diam membisu
kemudian
bahuku disentuh lembut
ada kertas usang
diserahkan kepadaku
aku meneliti setiap bait
oh sungguh syahdu
siapakah gerangan di sebaliknya
seraya aku terdengar
itulah kata-kata terakhir dari ibu
ibu?
ya ibu
ibu yang telah lama meninggalkan kami
mendoakan kami hidup senang
ibu...aku rindu padamu
Monday, January 10, 2011
menangis atau ketawa
andai bisa untukku memilih
antara air mata
atau senda tawa
pastinya aku memilih keduanya
kerana kedua itu
lambang sebuah kehidupan
yang penuh dengan dugaan
baik melintang
mahupun membujur
semuanya mahu menguji
kekuatan dalaman
jika aku lemah
maka tersungkurlah aku
jika aku kuat
bangkit dan mula bertatih lagi
di saat aku lemah
air mata menemani
di saat aku kuat
kegembiraan menguasai
antara air mata
atau senda tawa
pastinya aku memilih keduanya
kerana kedua itu
lambang sebuah kehidupan
yang penuh dengan dugaan
baik melintang
mahupun membujur
semuanya mahu menguji
kekuatan dalaman
jika aku lemah
maka tersungkurlah aku
jika aku kuat
bangkit dan mula bertatih lagi
di saat aku lemah
air mata menemani
di saat aku kuat
kegembiraan menguasai
Sunday, January 9, 2011
dentingan demi dentingan
tik tok tik tok
jam lama itu berdetik
masih kukuh masih hebat
biarpun warnanya semakin terhakis
namun masih bertenaga
mengira saat yang berlalu
sesekali beradu
menarik nafas dalam-dalam
dan melepaskannya perlahan-lahan
tiada pernah walau sekali
mengeluh kepenatan
ataupun kebosanan
melalui rutin yang sama
tik tok tik tok
masih berdetik
mengingatkan mereka di sekeliling
bahawasanya masa itu semakin berlalu
menyedarkan mereka
betapa lama mereka di situ
menanti benda yang tak pasti
menunggu insan yang belum ketemu
jam lama itu berdetik
masih kukuh masih hebat
biarpun warnanya semakin terhakis
namun masih bertenaga
mengira saat yang berlalu
sesekali beradu
menarik nafas dalam-dalam
dan melepaskannya perlahan-lahan
tiada pernah walau sekali
mengeluh kepenatan
ataupun kebosanan
melalui rutin yang sama
tik tok tik tok
masih berdetik
mengingatkan mereka di sekeliling
bahawasanya masa itu semakin berlalu
menyedarkan mereka
betapa lama mereka di situ
menanti benda yang tak pasti
menunggu insan yang belum ketemu
Saturday, January 8, 2011
puisi sahabat
Sahabat…
Sahabat terkadang bisa buat kita senang…
Tapi sahabat juga bisa membuat kita terluka…
Dikala engkau senang,…
Dikala engkau sedih,…
Hanya kepadaku engkau bersandar…
Sahabat…,
Kenapa engkau hadir dlm hdupku…
Kenapa engkau membuatku menangis…?
kenapa engkau senyum dlm tangisku…
Begitu mudahnya kau melupakan persahabatan kita…
Sia2 kita bina persahabatankita ini…
Selamat tinggal sahabat sejatiku…
taken from here
Sahabat terkadang bisa buat kita senang…
Tapi sahabat juga bisa membuat kita terluka…
Dikala engkau senang,…
Dikala engkau sedih,…
Hanya kepadaku engkau bersandar…
Sahabat…,
Kenapa engkau hadir dlm hdupku…
Kenapa engkau membuatku menangis…?
kenapa engkau senyum dlm tangisku…
Begitu mudahnya kau melupakan persahabatan kita…
Sia2 kita bina persahabatankita ini…
Selamat tinggal sahabat sejatiku…
taken from here
Friday, January 7, 2011
puisi untuk sahabat
sahabatku………
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupanmu
sahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan
sahabat…….
dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi sosok yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan
dan yakinlah sahabat……..
kaupun akan semakin bisa bertahan
kala badai cobaan itu menghantam
sumber : anonim
taken from here
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupanmu
sahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan
sahabat…….
dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi sosok yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan
dan yakinlah sahabat……..
kaupun akan semakin bisa bertahan
kala badai cobaan itu menghantam
sumber : anonim
taken from here
Thursday, January 6, 2011
layakkah kita untuk menilai
sekali pandang
terus terpikat
lenggok gayamu
sungguh mempersona
tutur bicaramu
sungguh mengasyikkan
indah
bilakah dapat bersamamu
meniti hari mendatang
membina kehidupan yang bahagia
aku disapa lembut dari belakang
oleh hakikat dan realiti
benarkah sinar kebahagiaan
menanti aku dan kamu?
tiada siapa yang mampu memberi jawaban
kerana itu kuasa ilahi
aku adalah insan
kamu juga adalah insan
kita semua adalah insan
tiada yang mampu menandingi tuhan yang satu
terus terpikat
lenggok gayamu
sungguh mempersona
tutur bicaramu
sungguh mengasyikkan
indah
bilakah dapat bersamamu
meniti hari mendatang
membina kehidupan yang bahagia
aku disapa lembut dari belakang
oleh hakikat dan realiti
benarkah sinar kebahagiaan
menanti aku dan kamu?
tiada siapa yang mampu memberi jawaban
kerana itu kuasa ilahi
aku adalah insan
kamu juga adalah insan
kita semua adalah insan
tiada yang mampu menandingi tuhan yang satu
Tuesday, January 4, 2011
melihat matahari
kesejukan mencengkam jiwa
semakin dicuba meronta
semakin dalam terasa
ku pusing kanan dan kiri
mencari tempat mengadu
kosong
tiada apa-apa
ku pandang bawah
kotor kakiku
terpalit tanah hitam
yang dibasahi hujan semalam
dengan kudrat yang ada
ku tadah jari-jemari yang comot
mataku tepat ke arah matahari
ku pohon dikurniakan sesuatu
untuk ku berpegang dan berpaut
ku raut ke muka
tiba-tiba
terasa kehangatan
yang sungguh lembut
menyelimuti tubuh kering ini
aku yang terpinga-pinga
mencari apakah itu
namun tidak diketemui
hai manusia
pandanglah kamu kepada tuhanmu
suara itu
sungguh asing bagiku
tetapi sangat menenangkan
aku mencari petunjuk
dan terlihat satu sinaran
matahari itu
boleh bercakap?
aku merenungnya lagi dalam-dalam
tidak...bukan matahari itu yang bercakap
lalu aku memberanikan diri
siapa yang bercakap?
senyap
tapi suara siapa tadi
mungkinkah itu satu pentunjuk
menuntut aku patuh pada tuhanku?
malu menguasai diri serta-merta
betapa aku selalu melupakan tuhan
oh...aku malu dengan diri sendiri
ya tuhanku
hanya engkau tempat aku berpaut
semakin dicuba meronta
semakin dalam terasa
ku pusing kanan dan kiri
mencari tempat mengadu
kosong
tiada apa-apa
ku pandang bawah
kotor kakiku
terpalit tanah hitam
yang dibasahi hujan semalam
dengan kudrat yang ada
ku tadah jari-jemari yang comot
mataku tepat ke arah matahari
ku pohon dikurniakan sesuatu
untuk ku berpegang dan berpaut
ku raut ke muka
tiba-tiba
terasa kehangatan
yang sungguh lembut
menyelimuti tubuh kering ini
aku yang terpinga-pinga
mencari apakah itu
namun tidak diketemui
hai manusia
pandanglah kamu kepada tuhanmu
suara itu
sungguh asing bagiku
tetapi sangat menenangkan
aku mencari petunjuk
dan terlihat satu sinaran
matahari itu
boleh bercakap?
aku merenungnya lagi dalam-dalam
tidak...bukan matahari itu yang bercakap
lalu aku memberanikan diri
siapa yang bercakap?
senyap
tapi suara siapa tadi
mungkinkah itu satu pentunjuk
menuntut aku patuh pada tuhanku?
malu menguasai diri serta-merta
betapa aku selalu melupakan tuhan
oh...aku malu dengan diri sendiri
ya tuhanku
hanya engkau tempat aku berpaut
Sunday, January 2, 2011
ratih sanggarwati - bila ibu bisa memilih
anakku
bila ibu boleh memilih
apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
maka ibu akan memilih mengandungmu
karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
sembilan bulan nak
engkau hidup di perut ibu
engkau ikut kemana pun ibu pergi
engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak
karena kebahagiaan
engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman
karena ibu kecewa dan berurai air mata
anakku
bila ibu boleh memilih
apakah ibu harus operasi caesar
atau ibu harus berjuang melahirkanmu
maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
karena menunggu dari jam ke jam
minit ke minit kelahiranmu
adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga
karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia
sangat ibu rasakan
dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
malaikat tersenyum di antara peluh dan erangan rasa sakit
yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun
dan ketika engkau hadir
tangismu memecah dunia
saat itulah
saat paling membahagiakan
segala sakit dan derita sirna melihat dirimu yang merah
mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan
kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati
tentang junjungan kita
rasulullah di telinga mungilmu
anakku
bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah
atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu
maka ibu memilih menyusuimu
karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu
dengan tetesan-tetesan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu
dalam kantuk ibu
adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan
anakku
bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
maka ibu memilih bermain puzzle denganmu
tetapi anakku
hidup memang pilihan
jika dengan pilihan ibu
engkau merasa sepi dan merana
maka maafkanlah nak
maafkan ibu
maafkan ibu
percayalah nak
ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita
agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
percayalah nak
sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
percayalah nak
engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu
karya - Ratih Sanggarwati (Ratih Sang)
***beberapa patah perkataan asal telah ditukar ke bahasa tempatan (bahasa melayu baku) agar maksud yang disampaikan lebih mudah difahami dan dimengerti, tidak bermaksud utk mengciplak atau sebagainya
*** karya asal yang menggunakan patah perkataan asal boleh didapati dengan cara google>ratih sanggarwati-bila ibu bisa memilih
harap maklum
bila ibu boleh memilih
apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
maka ibu akan memilih mengandungmu
karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
sembilan bulan nak
engkau hidup di perut ibu
engkau ikut kemana pun ibu pergi
engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak
karena kebahagiaan
engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman
karena ibu kecewa dan berurai air mata
anakku
bila ibu boleh memilih
apakah ibu harus operasi caesar
atau ibu harus berjuang melahirkanmu
maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
karena menunggu dari jam ke jam
minit ke minit kelahiranmu
adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga
karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia
sangat ibu rasakan
dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
malaikat tersenyum di antara peluh dan erangan rasa sakit
yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun
dan ketika engkau hadir
tangismu memecah dunia
saat itulah
saat paling membahagiakan
segala sakit dan derita sirna melihat dirimu yang merah
mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan
kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati
tentang junjungan kita
rasulullah di telinga mungilmu
anakku
bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah
atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu
maka ibu memilih menyusuimu
karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu
dengan tetesan-tetesan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu
dalam kantuk ibu
adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan
anakku
bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
maka ibu memilih bermain puzzle denganmu
tetapi anakku
hidup memang pilihan
jika dengan pilihan ibu
engkau merasa sepi dan merana
maka maafkanlah nak
maafkan ibu
maafkan ibu
percayalah nak
ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita
agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
percayalah nak
sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
percayalah nak
engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu
karya - Ratih Sanggarwati (Ratih Sang)
***beberapa patah perkataan asal telah ditukar ke bahasa tempatan (bahasa melayu baku) agar maksud yang disampaikan lebih mudah difahami dan dimengerti, tidak bermaksud utk mengciplak atau sebagainya
*** karya asal yang menggunakan patah perkataan asal boleh didapati dengan cara google>ratih sanggarwati-bila ibu bisa memilih
harap maklum
Saturday, January 1, 2011
hari ini juga indah
memasuki era baru
perlu menentukan semula
segala azam dan impian
demi membangkitkan
segala usaha dan tindakan
barulah hidup sentiasa segar
mahu mencapai kejayaan
tahun ini
azam baru telah terhampar
menanti usaha mengutip
dan digantung dalam hidup
itulah dia
koleksi kejayaan aku
nampak tidak tersusun
nampak tidak kemas
kerana ia lambang hidupku
yang bengkang bengkok
tidak mengapa
asal penghujungnya
mampu ku capai
biarlah bersusah sedikit
tapi manis dapat dirasa
kejayaan dicapai
Subscribe to:
Posts (Atom)