Monday, May 23, 2011

kemanisan dalam kesabaran

sabar sabar sabar
itulah perkataan keramat
bila mana terasa tercabar
sabar didahulukan
bila mana terasa disebar
sabar juga didahulukan
sabar itu separuh daripada iman
memang benar
hanya orang beriman sahaja
yang mempunyai kesabaran
sabar itu manis
jika dihiasi dengan kemanisan
maka
bersabarlah sayang

Monday, May 9, 2011

untuk ibu

kasihmu
belaianmu
tiada galang ganti
walau aku telah dimiliki
syurga beralih tempat
namun ibu
kau tetap bertakhta
di hati, jiwa dan mindaku
kau ibuku
kau ratuku
kaulah segalanya
tanpamu
tiada aku di dunia
tanpamu
tiada erti kemanisan
sebuah kasih sayang
ibu
aku sayang padamu
Related Posts with Thumbnails