Sunday, August 28, 2011

tangisan sebuah hati

hati ini
hanya ada kamu
terukir kemas
sebuah janji taat setia

hati ini
perlu kamu
menemani setiap nafasku
jua denyut nadiku

hati ini
sungguh sedih
untuk melepaskanmu
tanpa kerelaanku

hati ini
sangat sunyi
tanpa kehadiranmu
mengisi ruangan hidup

hati ini
sungguh tidak sanggup
berjauhan denganmu
apatah lagi berpisah denganmu

hati ini
perlu kamu
cinta kamu
dan hati kamu

Friday, August 26, 2011

adakah cinta itu

kita berdua
sehati sejiwa
senada seirama
hati yang satu
dikongsi seadanya
namun
sekian diuji
sekian ku teruji
masih adakah
cinta antara kita
kerana tawarnya semakin ada
manisnya di air mata
oh kasih
kuatkah aku
untuk mengharung semua ini
tidak ku bisa melepaskanmu
tidak ku bisa merelakanmu

aku mahu kamu
menemaniku
siang malam
setiap saat bersama
aku mahu kamu
bukan mereka
bukan dia

Saturday, August 20, 2011

tidak mahu apa-apa

hati ini
hanya mahu kamu
tidak mahu yang lain

hati ini
hanya mahu kamu
meniti kehidupan berdua

hati ini
hanya mahu kamu
berkongsi air mata

hati ini
hanya mahu kamu
tanpa ada orang lain antara kita

hati ini
tidak bisa berjauhan denganmu
tidak bisa melihat orang lain denganmu

hati ini
hanya mahu bersamamu

Sunday, August 14, 2011

hatiku sakit

tergamaknya kamu
melukakan hatiku yang sudah luka
luka kian parah
tiada siapa yang bisa
mengubatinya lagi

tergamaknya kamu
melemparkan kata-kata nista
tanpa merujuknya kepada ku
kau hancurkan kepercayaanku
kau padamkan kekuatanku

tergamaknya kamu
membuatkanku terseksa
di mata mereka yang lain
aku si penjahat tidak berguna
aku kotor dan tidak suci

tergamaknya kamu
membiarkanku sendirian
meratap dan merenung
segala yang telah berlaku
semuanya disebabkan kamu

tergamaknya kamu
tergamaknya kamu
tergamaknya kamu
tergamaknya kamu
melakukan semua ini

Saturday, August 13, 2011

gunting dalam lipatan

hari ini mahu belajar
memotong dan menjahit
kain sudah dibeli
dek tertarik dengan corak
cikgu cakap
hampar kain luas-luas
lepas itu lukis garisan
ukur ikut badan
tak boleh ukur di badan sendiri
ambil gunting
potong kain ikut garisan
tetapi mana guntingnya
di dalam bekas tidak ada
di dalam laci pun tidak ada
di mana gunting
hamparan kain tadi
terbentang luas
ditenung-tenung
barulah disedari
gunting di dalam lipatan
diam bersahaja
apabila diangkat kain
ternyata kain sudah tergunting sendiri
koyak dan rompong
kain sudah rosak
tidak boleh diperbaiki
dibuang sahaja kini
gunting dalam lipatan
dalam diam kau menikam
tuan punya kain

cinta dan sayang

harus bagaimana
ku nyatakan semua ini
aku cinta
aku rindu
sama kamu pujaan hati

inginku memilikimu
inginku memelukmu
inginku akan dirimu
menemani hari-hariku

betapa dalamnya sayangku
betapa dalamnya cintaku
sehingga aku sanggup mati
untuk tetap setia bersamamu

wahai pujaan hati
hatiku ini hanya untukmu
hari ini hari esok dan hari seterusnya
hati ini untuk diri kamu

Thursday, August 11, 2011

tolong

perjalananku yang jauh
mengheret segala onak duri
tidak sempat untukku mengelak
aku sudah mengutip segalanya

perjalanan ini diteruskan
biarpun kaki beku melangkah
biarpun sendu bersilih ganti
hidup tetap berdenting

meniti perjalanan yang ada
untuk menanti esok hari
yang belum pasti
kuatkah aku menanti....

kepada sang esa aku merayu
tolonglah aku
tolonglah aku
tolonglah aku
aku sudah penat

Sunday, August 7, 2011

aku bukan penipu

kasih
aku di sini keranamu
sayang
aku di sini keranamu
kata-kataku
hanya untuk mu
tidak pernah ku coba
walau sekali
membohongi dirimu
kerana aku tidak punya kekuatan itu
bukan mudah untuk ku melakukannya
bukan mudah juga untukku memendamnya
tetapi
percayalah kasih
percayalah sayang
aku rela begini
asalkan kau bahagia
dan aku
bukan seorang penipu
yang bisa menipu
dirimu yang ku sayangi
Related Posts with Thumbnails