Tuesday, September 13, 2011

tulus ku mahu kamu

jika denganmu salah
ku tak mahu yang benar

jika denganmu rebah
biarlah ku tercalar

walau dilandai badai
ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
ku tak mahu yang jelas

jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas

walau dilandai ribut
ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu

Monday, September 12, 2011

perginya seorang kekasih

kekasihku
namamu terpahat erat
tidak kan biasa tercalar
walau segaris halus
hanya kau di hati
biar tohmahan dilempar
biar tikaman diterjah
aku tetap di sini
menemani cintaku padamu
tidakkan ku bisa berpaling
walau seinci cuma
kerana dirimu
adalah diriku
tanpamu hilanglah diriku
tanpamu
tawarlah tawa ini
sakit yang ku terima
ku rela
kerana ku tahu
cintaku padamu tulus
ku menunggu saat itu
di mana cintaku dan cintamu
bersatu
andai itu takdirnya
Related Posts with Thumbnails