Sunday, June 10, 2012

masihkah

setelah sekian lama
semalam
ada satu pesanan kosong
yang kau tujukan padaku
itu sahaja?
ya
itu sahaja
yang kau berikan kepadaku
setelah sekian lama
kau bersama dengannya
baru hari ini
kau menjelma
itupun kerana esok
bermula kisah dusta
jika tidak
pastikan tidak ada apa-apa

aku penat
masihkah ada ruang itu
untukku
seperti yang telah kau janjikan
atau
sekadar
omongan kosong
ketika aku di depan matamu
masihkah ada

Thursday, June 7, 2012

hingga hari ini

setelah sekian lama
dia pergi
dia masih membisu
sepi tanpa khabar
di mana janji-janjinya
yang penah dipatri dulu
masih adakah aku
terukir di hatinya

setelah sekian lama
aku masih begini
mencintai dirinya
sepenuh hatiku
tetapi dia?

hingga hari ini
aku masih menanti
janji-janji itu untuk dikota
aku masih menanti
namun hati ini
sudah sedikit tercalar
dia pergi bersama insan lain
meninggalkan aku
dan insan kecil
untuk membesar sendirian
tiada kasih darinya

sampainya hatimu
lupa pada janji

Saturday, June 2, 2012

anak ini

anak ini anak kita
lambang cinta antara kita
biarkan anak ini
membesar dengan kasih sayang
cukuplah dari aku seorang
kerana kau jauh dengan dia

anak ini anak kita
walaupun aku sendirian
namun aku tetap kuat
demi anak ini
demi cinta kita
aku tidakkan mengeluh

biarlah apa yang terjadi
ini anak kita
ini cinta kita
akan ku jaganya
lebih dari nyawa ini
Related Posts with Thumbnails