Sunday, July 22, 2012

ramadhan ini benar berbeza

masih ku teringat
dengan jelas
saat kita bersama
kau dan aku
meniti kebahagiaan
dengan cara kita
menyambut ramadhan
baik bersahur
mahupun berbuka
semuanya indah
biarpun dugaan melanda
kita tetap bahagia
dengan cara kita

ramadhan kali ini
aku benar-benar terasa
betapa kau
tiada di sisi
aku keseorangan
meniti saat ramadhan
namun 
kenangan itu
masih panas
dan masih jelas

ternyata
kerinduan ini
meruntun jiwa
melemahkan semangat yang ada

kasih
walau di mana kau berada
ramadhan ini
sudah jauh berbeza
moga kau bahagia

Saturday, July 7, 2012

kebahagiaan

kebahagiaan itu
letak bukan pada luaran
bukan pada senyuman
bukan juga pada air mata
tetapi pada hati

kebahagiaan datang dan pergi
sesuka hati
tanpa diundang
dan tanpa disedari
namun kebahagiaan itu
tetap dirasai

percintaan
tanpa kebahagiaan
umpama nira tanpa seri
kosong dan hampa
tidak berguna

suatu ketika itu
pernah datang
dan telah pergi
sehingga hari ini
aku masih menanti
kehadiran sebuah kebahagiaan hakiki

Monday, July 2, 2012

jauhkan sayang

sayang
berjauhan kita
bukan kerana benci
bukan juga kerana dendam
tapi demi cinta
yang hadir antara kita

denganmu sayang
aku bahagia
cukup bahagia
kenangan denganmu sayang
juga membahagiakan
aku bahagia
cukup bahagia

sayang
apa khabarmu sayang
ingin sekali aku berlari
mencarimu wahai sayang
ingin ku peluk dirimu
tanpa melepaskanmu lagi
inginku katakan padamu

aku sayang padamu
aku sayang padamu
dan
aku perlukanmu
for the rest of my life
Related Posts with Thumbnails