betapa aku benci
mencintai dia
yang tidak pernah
mencintaiku
betapa aku benci
menunggu panggilannya
meskipun telah aku khabarkan
betapa aku merinduinya
betapa aku benci
mengenangkan dirimu
yang sedang bahagia di samping si dia
yang telah memiliki dirimu
betapa aku benci
dengan diriku sendiri
kerana terlalu bodoh
menyerahkan rasa cinta
pada dia yang tidak mengerti
kasih dan sayangku padanya