Thursday, December 30, 2010

kosong

hari ini
percaturan penuh sampai ke malam
buatku penat
lenguh-lenguh segala sendi
tidur malam ini pasti lena
tetapi entah kenapa
aku dibayangi kenangan lama
terus hati ini
dipaut rasa syahdu
rindu benar sama kamu
yang jauh di perantauan
menghitung hari
bilakah kita kan bertemu
seperti dulu-dulu
bila diaju pertanyaan sebegitu
pasti kau akan berdiam diri
aku tau
kau tiada jawapan
aku mengerti
inilah kisah hidup kita
moga aku tabah
meniti hari-hari mendatang
walaupun sering kali
kaki ini terhenti
berat untuk diteruskan

Wednesday, December 29, 2010

'Giveaway Separuh Jiwang'


first time blog aku yang ni nak masuk ga...td duk jenjalan, terpandang la giveaway separuh jiwang, terus hati ini terpikat...oleh itu, aku nak join hokeh...

kenapa aku sebok nak join ga ni?
sebab utama adalah, aku suka ngan word separuh jiwang dia tuh...ada meaning la tu kan...sbb tu aku tak letak entry ni kat blog utama aku, aku letak kat sini...sebab kat sini hampir sume entry aku tulis sendiri, based on apa yang tangan aku nak tulis, hati aku nak cakap, dan mata aku nak rasa...kalau rasa aku jiwang, maka jiwanglah aku, kalau rasa aku tak jiwang, maka tak jiwanglah aku...

aku sahut cabaran penganjur ga...aku separuh jiwang...

dgn ini, aku nak tag

okeh...setel sumenya...

Tuesday, December 28, 2010

aku insan biasa

tutur kataku biasa
gerak tariku biasa
langkah hayunku biasa
tulisanku juga biasa
tiada yang istimewa
tiada yang hebat
andai kata kau mengagumiku
benarkan untuk aku bertanya
di manakah yang kau berminat
apakah yang menarik perhatianmu
andai kata kau membenciku
benarkan juga untuk aku bertanya
di manakah yang kau tidak gemari
apakah yang menyakiti dirimu
kerana aku perlukan itu semua
buat perbandingan diri ini
tidak selamanya aku
menjadi insan biasa
impianku besar
sebesar lautan biru
di tepi tasik hijau
dikelilingin pepohon merimbun
yang berbunga putih
tak terjangkau dek akal biasa

Saturday, December 25, 2010

dendam

dendam itu asalnya api
dalam diam ia meniti
di setiap ceruk hati
membakar tanpa disedari
jika dulu nurani berseri-seri
punya hati yang sepi
dari sebarang caci keji
sekali terkuis dek benci
cukup payah untuk menjauhi
semakin dicuba semakin memeri
jika tidak diubati
pasti membawa mati

Thursday, December 23, 2010

suatu ketika

di subuh hening
aku membuka mata
menandakan bermulanya pagiku
perjalanan hari ini masih panjang
langkah perlu diatur
disusun dan dihayun
menuju kejayaan
kegagalan semalam
perlu ditebus
jika bukan aku
siapa lagi
kerana itulah
harga bagi pengorbanan
apabila penat
beradu seketika
pengabdian sejati
tidakkan bermakna tanpa perjalanan
malam menginjak
penat lelah di siangnya
perlu dikendurkan
kelopak mata mulai berat
lalu tertutup
berakhir satu lembaran hidup
yang bergelar
satu hari dalam hidup ini

Tuesday, December 21, 2010

kalau berdua

kata orang
berdua lebih baik
tapi kalau dah berdua
nanti jadi bertiga

kata orang
berdua lebih romantik
awak cakap dengan saya
saya dengar awak cakap

kata orang
berdua lebih kuat
orang nak kacau saya
nanti awak tolong selamatkan

kata orang
berdua lebih afdal
awak jadi imam
saya jadi makmum

kata orang
berdua lebih bagus
kerja yang berat jadi ringan
hidup pun senang

Monday, December 20, 2010

kehampaan

setelah sekian lama
aku mengabdi diri
hanya untuk dirimu
tidak ku sangka
ini balasan yang ku terima
kurangkah perhatian yang telah ku beri
atau sedikitkah kasih yang telah ku tabur
sehingga ini yang ku terima
setelah mencintai dirimu sepenuh hati
betapa kau mudah melupakan segalanya
kau pergi berlalu
tanpa menoleh lagi
hampa hati ini
tiada yang tahu
jika itu keputusanmu
aku akur

Sunday, December 12, 2010

biarkan

kau pergi begitu sahaja
meninggalkan aku terpinga-pinga
seperti orang buta
aku meraba mencari cahaya

kau diam tanpa berita
membuatkan aku tertanya-tanya
apakah kau dalam bahaya
atau dalam bahagia

kau biarkan aku
membisu dan terus membisu
apakah salah jika aku memburu
kebenaran andai ia milikku

Thursday, December 9, 2010

sejak aku mengenalmu

taken from penyair

Sejak aku mengenalimu
kuntum – kuntum bunga
di laman hati
beraroma dengan wangi
menjinakkan kegusaran
yang bertahun – tahun
hidup di rimba keharuan.

Aku ingin mengenali
seluruh daerah hatimu
ingin meneroka jalan
tanpa simpang dan liku
kerana di situ hatiku
akan bermukim
sehingga tamat
seluruh musim.

Sejak mengenalimu
semua pintu mula kubuka
agar kau yang pertama
sudi memasukinya
dan aku sudah
menyusun berhias
mesramu di setiap
ruang dan bahagian
agar lebih akrab
saling sayang menyayang
dengan kepercayaan.

Sejak mengenalimu
kudepa seluas langit
agar kau bisa
rasa dengup jantungku
yang tak pernah berhenti
dengan berharap.

Terima kasih..
rela aku mengenalimu.

~Moktha~
26 September 2010

Sajak : Sejak Aku Mengenalmu

Sunday, December 5, 2010

membaca dirimu

tanpa ketuk menyerbu pintu
dan salam meluru di bibir
setiap hari aku berkunjung
ke petak sempit di mata
tapi luas di kampung makna

saat ghairah kau punggah huruf
dari khutub khanah diri
ke ruang terbuka itu
khusyuk aku mentafsir makna
dalam diam aku membaca dirimu
yang bersembunyi
di balik huruf-huruf
yang kau sangka mati
tapi sentiasa hidup dalam fikirku

ruang sempit itu kelas terbuka
akulah pelajar yang dahaga
tanpa pintu dan jendela
aku bebas keluar dan masuk
menghirup didih sukmamu

shahrunizam abdul talib
bera, pahang
mingguan malaysia, 5 disember 2010

dari hati untuk hati

bunga selasih bunga melati
menjadi pujaan teruna dara
kita berkasih kerana hati
moga berkekalan hingga akhirnya

terbang tinggi si layang-layang
hinggap sebentar di pohon sena
kalau cemburu tanda sayang
kalau benci apa tandanya

inginku petik bulan dan bintang
untuk dianyam buat sang puteri
biar beribu batu kita terhalang
jauh di mata dekat di hati

lenggang-lenggok tari melayu
memikat hati sang arjuna
siang malam ku merindu
mengharap kasih dalam lena

Monday, November 29, 2010

bahagia atau sengsara?

bahagia atau sengsara
mana satu pilihan hati
bahagiakah
atau sengsarakah

bahagiakah anda melihat kemusnahan
bahagiakah anda melihat kekejaman
bahagiakah anda melihat penindasan
bahagiakah anda melihat ketidakadilan

atau

sengsarakah anda melihat kejayaannya
sengsarakah anda melihat kekayaannya
sengsarakah anda melihat kenikmatannya
sengsarakah anda melihat kesenangannya

pilihan di tangan anda

Friday, November 26, 2010

bila aku rindu

rindu aku rindu kamu
tidak bersua tidak bertemu
menahan rasa menahan rindu
perlu kamu mahu kamu

Monday, November 22, 2010

pagi kita sama

sudah lama rasanya
tidak memilik pagi yang sama
sebelum ini
paginya lebih awal
segalanya awal di sana
dan kerana itulah
aku senantiasa ketinggalan
sama tertinggal atau meninggalkan
tiada beza
tapi hari ini sungguh berbeda
aku pagi kau juga pagi
aku ceria kau juga ceria
sungguh aneh
tapi aku gembira
sekurang-kurangnya
keanehan itu anugerahnya untuk kita
bukan masa untuk menilai
tetapi masa untuk menghayati

Wednesday, November 17, 2010

korban itu suci?

aku serah segalanya padamu
aku pasrah segalanya padamu
aku berikan segalanya padamu
aku sedia segalanya padamu

adakah serahanku diterima
adakah pasrahanku diterima
adakah berianku diterima
adakah sediaanku diterima

padamu ku serahkan cintaku
padamu ku pasrahkan keinginanku
padamu ku berikan kepercayaanku
padamu ku sediakan harapanku

sucikah semua ini?
sucikanlah diriku
sucikanlah hatiku
sucikanlah jiwaku

Monday, November 15, 2010

salahkah aku?

salahkah aku jika senyuman ini kelat
aku sudah tidak bisa untuk melihat
keindahan panorama yang pelat
bikin aku sangat meluat

salahkah aku jika tindakan ini memedihkan
percayalah engkau yang memulakan
membiarkan aku terkapai sendirian
aku tahu nilai persahabatan

salahkah aku jika kau terasa
sakit pedih dengan kata-kata
bukan aku menabur dusta
bicaraku berlandas satu rasa

salahkah aku jika membenci
kerana aku mahu sendiri
jauh dari perasaan hasad dengki
yang ditaburkan tempoh hari

salahkah aku jika tiada keikhlasan
dalam tindakan seharian
aku penat dengan penipuan
aku bosan dengan kehidupan

salahkah aku untuk bersembunyi
jauh dari kesibukan duniawi
yang tidak pernah mengerti
apa itu permintaan hati

salahkah aku untuk bertanya
resah di hati perlu dibela
jika kau tidak selesa
maaflah, aku tidak sengaja

Sunday, November 14, 2010

benarkah

kata orang apabila melihat gambarmu, rindu di hati akan terubat

tetapi

kenapa rindu ini makin membara apabila melihat gambarmu?

aku tidak sanggup melihat bayangan dirimu

Friday, November 12, 2010

sakit itu indah

sudah berapa kali
aku bilang sakit itu indah
namun kamu hanya bisu
tanda secebis jawapan

sudah berapa kali
aku bilang sakit itu indah
namun kamu endah tak endah
seakan aku tiada bicara

sudah berapa kali
aku bilang sakit itu indah
namun kamu mencebik
tidak bersetuju denganku

sudah berapa kali
aku bilang sakit itu indah
hayati dan hayati dan terus hayati
barulah kau akan tahu apa itu hikmah

Thursday, November 11, 2010

hujan yang menyanyi

malam yang kelam
ditambah gelap dengan bunyi guruh
tidak berhenti-henti
sesekali kilat melompat
menceriakan sunyi malam
kehadiran bulan dinanti
ternyata bukan hari ini
mungkin esok atau lusa
bulan bersua bersama
malam ini malam hujan
memperdengarkan rentaknya
ada yang perlahan sahaja
tak kurang yang laju
semua berirama
dalam satu lagu
dengarkanlah semua
bila hujan menyanyi
mengulit lena tanpa lelah
ternyata aku terpesona

Sunday, November 7, 2010

bicara

mungkin kita sudah lama
tidak bersua bermesra
namun tidak menghalang kita
untuk tetap menabur kata
bicara lalu dipegang bersama
andai kau masih di sana
tetaplah kau setia
andai kau meninggal sisa
berundurlah aku selamanya
tidak mungkin aku merayu domba
pada insan yang telah meluka
kerana aku yang melara
mengharap kasih yang buta
tiada mata tiada rasa
segala bicara yang ada
ku titip pada si purnama
agar hilang ditelan masa

Friday, November 5, 2010

bentak rentak

pelbagai rentak
bulat bujur leper mahupun petak
sengaja dibentak
terlintas di benak
mengapa begitu senak
untuk merempuh onak
begitu mudah diperkotak-katik
perlukah aku memekik
semata-mata untuk menguak
atau perlukah aku menakik
demi sebuah penarik
yang entahkan hebat entahkan tidak
mengejar benda tak nampak
umpama si dungu yang capik
terkurung dalam kotak

Wednesday, November 3, 2010

tutup telinga

bukan mahu membisukan telinga
bukan juga mahu membutakan mulut
tapi mahu menyuarakan pandangan
pada mereka yang sudi
dengarkanlah rintihan hati
yang teraniaya sunyi
lirik lagu
kena dengan situasi
aku sunyi
aku sepi
aku menderita
dalam kelam malam
aku menyimpulkan satu keputusan
hentikan semua ini
aku mahu berbicara dengan dinding
aku pergi dulu

Tuesday, November 2, 2010

benci

aku benci cinta
aku benci cinta
aku benci cinta
aku benci cinta

Sunday, October 31, 2010

tetap ku telan

biar sepahit mana melanda
tetap aku telan
kerana aku punya tiada pilihan
kata-katamu umpama racun
sikapmu umpama bisa
semakin lama
semakin aku terseksa
namun tidakkan bisa ku berpaling
aku tetap jua menelan
tetap jua menerima
walau payah
walau perit
bagimu
aku hanya apa-apa
tetapi bagiku
kau lebih dari ada-ada
begitu berbeda
kerana itulah aku sendiri

dilema

bukan mencari kesalahan
bukan juga mengukur kebijaksanaan
aku menghitung permainan
dunia yang penuh penipuan
yang tiada pembalasan
aku yang dalam keseksaan
masih dalam penantian
bilakah tibanya pengakhiran
aku kepenatan
biarlah aku kekalahan
kerana aku tetap mendapat kemenangan
hati ini perlu pembebasan
dari cengkaman penghinaan

Thursday, October 28, 2010

kisah sepapat

satu dua tiga empat
aku kejar sampai dapat
biar patah tulang empat kerat
baru tahu siapa hebat

satu dua tiga empat
hari-hari aku makan lepat
nak lipat tak dapat
nak peluk tak sempat
rindu yang datang rapat

satu dua tiga empat
kalau aku dapat
memang aku lipat-lipat
rindu yang aku dapat
aku hitung sampai kelat
sebab nanti nak duduk dekat-dekat
nak minta upah sampai tak larat

benarkah

benarkah kata orang
cinta itu indah
cinta itu mengasyikkan
kerana apabila bercinta
hidup bagai di awang-awangan
bertentang mata
umpama aiskrim yang cair
tanpa disedari
panahannya berbisa
bikin malam terigau-igau
berjauhan satu penyeksaan
tidak tergambar dek kata-kata
benarkah begitu
benarkah apabila bercinta
wajah senantiasa berseri
senyuman sentiasa manis
hati susah tiada apa-apa
kerana adanya dirimu
diriku dibayangi tuah
benarkah cinta itu sebegitu indah

Tuesday, October 26, 2010

kasih kita

tak bisa ku lupa
pandangan pertama itu
membuat nafasku pendek
pandanganku kabur
semuanya kerana kamu
rupanya itulah panahan cinta
aku jatuh cinta padamu
melihat dirimu
buatku tidak keruan
berjauhan darimu
buatku tidak keruan
semuanya serba tak kena
adakah ini tandanya
kita saling jatuh cinta
atau saling merindu

Saturday, October 23, 2010

saat bersama

berapa lama lagikah
harus ku bertahan
menunggu tibanya masa
untuk menemanimu selama
setiap saat bersama
di kejauhan ini
aku menghitung
setiap kenangan bersama
sungguh indah
terasa ingin bermimpi
dan tidak mahu tersedar
selagi kau tiada di sini
biarlah aku terus dibuai
oleh khayalan semata
kerana aku bahagia begini
ditemani saat bersamamu

Friday, October 22, 2010

kau yang tiada

kini atau bila-bila
kau tiada lagi bersama
kau pergi buat selama
meninggalkan kami semua
walau berdarah air mata
kau takkan muncul semula
itulah janji sang pencipta
yang hidup akan tiada
yang pergi tiada dua
kenangan antara kita
makin menghimpit jiwa
betapa aku terasa
akan kepergianmu tiba-tiba
namun andai kata
hidupmu penuh sengsara
tenanglah kau di sana
bahagia bersama si dia
yang telah memberikan masa
untuk kita bercinta
walaupun hanya untuk seketika
aku tetap bahagia
dan selamanya juga
kau yang ku cinta

perlukah kau di sini?

untuk apa semua ini
tidak perlu mencari
tidak perlu mengerti
biarlah ku pendam sendiri
tanpa kau mengetahui
kerana dirimu umpama duri
mencengkam sukma dewi
soalanmu sekadar satu janji
yang pasti akan dimungkiri
tidak aku pasti
sampai bila aku harus begini
diuji dan diuji dan diuji
atas nama persahabatan sejati
rupanya sekadar kulit belati
yang bisa ditanggung sampai mati
sedarlah kau dari mimpi
kerana kau hanyut terbuai
oleh keindahan duniawi

Wednesday, October 20, 2010

pasrahkah aku?

mengapa kau pergi
meninggalkan diriku
penuh kesendirian
hancur hatiku
tiada siapa yang mengerti
betapa aku cinta padamu
punah angan-angan
untuk sehidup semati denganmu
peritnya hidupku
tanpamu di sisi seperti selalu
sehingga hari ini
aku masih cinta padamu
mengharap kau datang padaku
membalas cinta dan sayang
tersedarku dari lena
menyedari sesuatu
betapa aku
menyendiri
sangat sendiri
tanpa dirimu
tanpa pelukanmu
aku lemah wahai kasih
aku lemah
perlu kau di sini
lindungi aku dengan kasihmu
benar
aku sangat menyintaimu
namun
semua itu bukan milikku
mengapa kau pergi
mengapa kau pergi
tiada lagi kekasih hati ini

Monday, October 18, 2010

bila aku bersuara

bila aku bersuara
semua akan memandang
dengan penuh kebencian
kerana perkataanku
lahir dari apa yang ku rasa
dan bukan untuk mengampu
bukan perhatian yang ku mahu
tapi sedikit rasa
untuk dimengerti bersama
bahawa kita bukan sendiri
kita adalah satu pasukan
andai kau tidak menyukainya
tinggallah kau
pergilah bersama dia yang kau suka

Saturday, October 16, 2010

empat sahabat

empat insan berbeza
lain darjat lain rupa
semangat dan hilai tawa
tetap sama
dengan satu citarasa
di sini bermula segala
di sini berakhir semua
janji telah dicipta
untuk setia bersama
namun ujian melanda
seorang memungkirinya
lupa pada masa
lupa pada kata
kerana seorang pujangga
dia lari mengejar mata
menginggalkan sahabat tanpa bicara
kami akur dengan bisa
mungkin ini akhir cerita
sebuah empat sahabat lama
kini terkubur tanpa tanda

Thursday, October 14, 2010

kita yang jauh

tak ku sangka
kau mempersiakannya
peluang di depan mata
yang tak mungkin ada lagi
kau biarkan ia berlalu
tanpa ada secebis penyesalan
kau tinggalkan kami
tanpa menoleh semula
ternyata kau lupa pada janji
yang telah kita bina bersama
kini semuanya sudah terlambat
aku relakan kau pergi
dari hidupku

Thursday, October 7, 2010

satu yang ramai

satu jarak
pemisah satu perhubungan
satu rasa
penyambung satu cerita
satu rindu
penyambung satu ikatan
satu kasih
penyambung satu generasi
satu gelora
penyambung satu kehangatan
ternyata
kaulah satu dalam berjuta

Monday, October 4, 2010

aku yang hina

di sini aku
di sana aku
hanya aku
mengutip sisa derita
yang ditinggalkan mereka
untukku hampar
menjadi kehidupan
jatuh bangunku di sini
ditemani cahaya kelam
berendam si air mata
tiada siapa sudi berpaling
ke arah diriku
yang lara
bimbang terpalit sama
nasib malang diri ini
pungguk pun enggan bertenggek
apatah lagi yang berharta
akulah insan luka
yang penuh kisah duka

diamnya matahari

matahariku
matahariku
matahariku
tidak lagi mendengar suara tangisan itu
tinggallah dia
keseorangan
tanpa matahari
walau berjuta warna pelangi
walau berjuta cahaya suci
tiada yang mendengar
hanya ada
sebuah diam sepi
dan puisi tentang hidupnya
yang tidak mampu
menakluk hati akalnya

Monday, September 27, 2010

kisah yang jauh

kisah dia
kisah aku
kisah kita
berbeza
berlainan
dan tidak setara
namun
antara kisah yang jauh ini
punya titik keserasian
bila mana emosi bersatu
di situ kita bertemu

Friday, September 17, 2010

pandangan dia

kerana dia
aku tersenyum gembira
kerana dia
aku menangis hiba
kerana dia
aku muncung memanjang
kerana dia
huh...pahit pun jadik manis
semuanya kerana dia
rasa macam nak nyanyi lagu dangdut
tapi malu
tak reti gelek
lagipun di khalayak ramai
aku malu

hari ini
aku berteman pandangannya
terasa dunia ini ana yang punya
tapi aku kena ingat
selama mana lah sangat pandangan ni milik aku
tak lama
tak lama
tapi tak mengapa
aku pasrah
hari ini perlu dilalui
supaya hari esok datang
hari esok-esoknya pun datang
semoga ketabahan bertambah
seiring dengan kekuatan diri

entry ini mengarut sahaja
buat-buat macam bagus
tapi dalam
hancuss lagi hampehh

Friday, August 27, 2010

jika itu takdirnya

kau dan aku
terpisah kerana takdir
dulu
ku rasakan kau milik aku
kini
aku sangsi dengan perasaan ini
adakah ini yang aku rasa
atau aku yang mencipta rasa ini
semuanya berbaur
membuatku sesak sendiri
kau dan aku
tidak semudah dulu
semuanya sukar dan perit
perubahan dan perubahan
membuatku semakin sakit
andai kau bukan milikku
permudahkanlah hubungan ini
andai kau milikku
permudahkanlah hubungan ini
kerana aku semakin terseksa

Wednesday, August 18, 2010

aku

sunyi
sendiri
terluka
tangisan

semakin lama
semakin sebati
dalam jiwa ini
sehingga sukar diubati
inikah akhiran hidup aku
masih adakah sinar kebahagiaan?
aku yang tertanya-tanya

Tuesday, July 27, 2010

sengsara

pahit untuk ditelan
kesat untuk diluah
semakin disimpan
semakin mencengkam
inikah suratan
atau kebetulan
kegembiraan mereka
keperitan bagiku
sejak terkurung
aku sukar dimengerti
benci pada senyuman
dendam pada tawa

Friday, July 23, 2010

jarak pemisah kita

antara kita
punya banyak keserasian
kekurangan kita
kelebihan kita
masing-masing bergandingan
aku bahagia begini
boleh ketawa
dan menangis
seiring dan sejalan
dalam gelak tawa kita
kesunyian menyinggah
di sebalik laut china selatan
aku tulis perasaan ini
pada ombak di kaki
ku tolak ombak
supaya pergi padanya
khabarkan padanya
aku rindu kamu

Wednesday, July 21, 2010

jika aku pasti kau

jika aku penyabar orangnya
pasti kau tersenyum gembira

jika aku baik hati
pasti kau setia di sisi

jika aku cantik di mata
pasti kau cemburu sentiasa


jika aku pemarah
pasti kau cepat menyampah

jika aku suka mengomel
pasti kau naik mual

jika aku lepas geram
pasti kau tergamam


jika aku pandai berlakon
pasti kau adalah penonton

jika aku diam membisu
pasti kau sepertiku

jika aku tinggalkan kau
pasti kau tersenyum sipu
kerana kau juga sepertiku
mahu meninggalkan aku

Monday, July 19, 2010

harga sebuah kenangan

belek album lama
mcam-macam ada
pahit manis masam
semuanya
baca yang manis
tersenyum sendiri
baca yang pahit
cepat-cepat telan
tiada lagi peluang kedua
menjadi kenangan bermakna
walau ke mana kaki melangkah
ia tetap berasal dari titik yang sama
sukar diubah
itulah sejarah namanya
hari ini
segala yang telah berlaku
menjadikan aku sekarang
itulah harga sebuah kenangan
hadapilah hari-hari mendatang
dengan senyuman ikhlas

Friday, July 16, 2010

when i said that

when i said that i love you, i really love you

but

when i said that i hate you, i never mean that

Sunday, July 11, 2010

merintih

tidak tertanggung rasanya
kesakitan yang melanda
benar-benar menguji rasa

lumpuh segala gerak tari
tiada lagi lemah gemalai
sungguh tidak terperi

bisakah aku bertahan
menepis segala seksaan
membisu dalam sendirian

hanya air mata
menjadi peneman setia
walau tanpa bicara

di sini aku merintih
mengharap secebis kasih
agar aku mampu bertatih

Monday, July 5, 2010

aku kasih sama dia

walau cinta ini tidak berbalas
walau sayang ini tidak bermakna
walau rindu ini tidak bertuan
aku tetap setia
menanti kasih yang dihulur
untuk aku
kerana aku
sedia menadah
kasih yang diberi

Sunday, June 6, 2010

sinar

sinar matahari kian lemah
meninggalkan kembangan bunga
melumpuhkan keriangan
kenapa matahari
kenapa kamu berduka....

bebaskan aku

bebaskan sayap juwita
dari mata si buta
bebaskan sayap juwita
dari hati si mati
bebaskan sayap juwita
dari si dia yang gila

bebaskan dirimu sendiri
dari mereka yang durjana
bebaskan sayap juwita
supaya bebas berlar
berlari macam burung

Friday, May 21, 2010

hujan selepas panas

terasa sungguh riang
umpama burung di langit
terbang tinggi sekawan
menikmati cahaya terik si matahari
nafas ditarik dihembus
lega
terasa panas ini hingga ke petang
sungguh yakin
mustahil untuk hujan
mustahil
panas petang ini ku hayati sepenuhnya
lenguh memandang sebelah kiri
ingin ku alih pandangan
perlahan kelopak mataku jatuh
dapat kurasakan titik-titik sejuk
menyapa lembut mukaku
hujan turun petang ini
meninggalkan panas petang ini
segalanya hancur
hujan turun
panas menghilang

Sunday, May 2, 2010

see you in court

telah ku cuba
tegarkan hati ini
namun aku tidak berdaya
emosiku lebih berani
terlebih dahulu tampil ke depan
menuntut bela ke atas air mata
juga ke atas hati
hati telah membawa diri

Monday, April 19, 2010

menanti ujian

adakah aku sudah bersedia?
menempuh cabaran di sana
debaran dada meningkat
aku tidak sanggup diuji
kerana aku bukan kuat
aku bisa gugur
apabila ditiup dugaan
ohh...
tabahkan hati ini
kuatkan semangat ini
hanya itu mohonku

Sunday, April 4, 2010

erti satu derita

dalam kepayahan menanggung derita
aku memahami satu cerita
segala jalinan kata
terungkai menjadi nyata
hanya si hati buta
tidak memahami apa-apa
dalam payah sengsara
tetap diam tanpa bicara
dek kerana derita
segala terbuka depan mata
tersingkap semua
aku yang baru terjaga
masih menggosok mata
sekadar mampu terkesima
inilah dia pentas dunia

Tuesday, March 30, 2010

rindu

pusing kiri pusing kanan
semua serba tak kena
ada sahaja yang tak berkenan
kenapa dengan aku ni
gila meroyan dah ke
alah
mengaku sajalah
buat apa nak malu
buat apa nak segan
kalau tak mengaku
tipu diri sendiri namanya
habis tu macam mana
mengaku?
sebenarnya
aku rindu dia

Wednesday, March 17, 2010

dua kisah

kisah I
walau apa yang berlaku
aku tetap di sisi
menemani mu
tanpa seinci berpaling
teguh setia
demi kasih ini

kisah II
sukar sekali dikau memahamiku
payah benar untukmu berkongsi
sakit untukmu bersamaku
kenapa kenapa kenapa
apakah dikau sudah berubah
meninggalkan segala janji kita

Sunday, March 7, 2010

bila dia menyusun kata

terfikirku sendirian merenung, masa depan yang jauh untukku tempuhi, kuharap hari2 mendatang dipenuhi kenangan terindah dalam hidupku....

notakaki : semoga dia bahagia dengan apa yang dimilikinya hari ini...

Friday, March 5, 2010

nukilan khas buat tersayang

buat ibu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

taken from blog azhad


buat abah

Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda...

Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan

Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu

Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”

Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja

Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau....
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal ...
.....Gagal kami temui dalam setiap dakapan
.....Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
.....Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami....
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan

Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga


taken from feedfury

Thursday, March 4, 2010

tangisan hati

tika ini
air mata membasahi
ruangan kecil pipi
tiada siapa di sisi
hanya diri sendiri
aku sepi
terasa kekosongan di sini
biarlah aku tangisi
segala yang terjadi
tidak mungkin akan kusesali

Sunday, February 28, 2010

kata-kata

ini adalah kata-kata someone di mana saya telah memetiknya dan melakarkannya di sini

wahai sayangku
kau la bintang
yang menyinar hidupku

Saturday, February 27, 2010

perasaan

rindu mencekam jiwa
sepi cukup memedihkan
sayang tak kesampaian
luahan tak didengar
(ditulis oleh b.r.u.t.a.l.s.o.l.o.)

bisakah aku begini
terus-terusan diuji
kerana kisah lama kembali
menikam-nikam si jantung hati
terasa benar kerinduan
terasa benar kesepian
sayang yang kuhulur
walau tak berbalas
aku setia ditemani
luahan si air mata
(disambung oleh 'ainrahimin)

Sunday, February 21, 2010

lepaskanku

sudah tidak tertanggung
segala beban di dada
segala fikiran di akal
benar aku penat
menanggung segala derita
yang menanti detik penghujung
yang masih jauh
perjalanan ini
harus ku teruskan
walau bisa bernananh
walau derita bertambah
kerana aku hanyalah si pengikut
menurut perintah si ketua
aku mengeluh sendirian
penat menanggung derita
penat memendam derita
hanya pada allah
aku pohon kekuatan
moga aku bisa berdiri
hingga akhir garisan
sehingga sebelum itu
tabahkanlah aku ya allah

Thursday, February 18, 2010

termenung

selepas seketika
aku masih di sini
merenung kisah kita
melihat masa depan
walau masih kabur
kelihatan bayangan itu
ke kiri dan ke kanan
tidak keruan
seperti lalang
ditiup sang bayu
meliuk lentuk
ke mana sahaja
tiada hala tuju
terhenti ku seketika
apakah itu suratan kisah kita?
terumbang ambing tanpa haluan
mahukah aku begitu
mahukah dirimu begitu
tidak aku tidak mahu
aku mahu satu arah
yang jelas
yang nyata
supaya kehidupan kita
teratur dan tersusun
demi masa depan yang jaya
ayuh kita bangun
menjadi orangb yang hebat
berjaya mengemudi kehidupan kita
ayuh bangun sekarang
lakukan perubahan!!!

Tuesday, February 16, 2010

ujian

hari ini
kita diuji
dengan ujian duniawi
semuanya menguji hati
melihat kekuatan janji
yang kita patri


Tuesday, February 2, 2010

hanyut

duniaku berputar
berpusing semuanya
ku pejam celik mata ini
bimbang sesuatu berlaku
takut juga kaki ini tersasar
salah memijak bumi jongkang jongkit
dalam ku sela nafas ini
namun tersekat-sekat untuk dilepaskan
kenapa diri ini
ada sesuatu yang tidak kena kah
peluh sejuk menitik
ku sela dengan tangan
cuba berfikiran positif
itulah kata-kata semangat ku
mungkin aku terlalu penat
dikejar timbunan kertas kerja
sengaja aku mengalihkan fikiran
kerana hari ini baru sahaja hendak bermula
aku mesti tegar melawan

Sunday, January 31, 2010

suara hati

petang itu
kau dan aku
kita sama-sama
menyusuri pantai memutih
desiran ombak
gelak tawa
kehangatan mentari
semuanya bersatu
aku terasa
kebahagiaan menjalar
begitu tenang
sungguh indah
jika bersamamu
sukar tuk ku gambarkan
aku bahagia sayang
terima kasih atas segalanya
kini
kau tiada di sisi
kerana haluan kita berbeza
demi tugas
kita berjauhan kembali
bila terasa rindu
ku tutup mata ini
terbayang kenangan kita bersama
aku merinduimu sentiasa
kerana kaulah suara hatiku

Saturday, January 16, 2010

kehidupan

aku memandang tepi
melihat keakraban insani
kukuh dan berseni
pasti aku merindui
saat kita begini
sungguh indah riang sekali
seakan mentari di dinihari
menemani sang nuri
melebar sayap di melangit tinggi
terasa kebahagiaan ilahi

Thursday, January 14, 2010

semalam

semalam
terbentang satu kisah
antara kau dan aku
termenung aku seketika
enggan berbicara lanjut
kerana aku sudah bosan
letih dan jemu
dengan sikap yang tiada perubahan
pada siapa harus ku adu
pada siapa harus ku jumpa
mnyatakan perasaan hati
cubalah kau mengerti
apa jua yang ingin ku katakan
setiap yang ku persoal
harus kau mengerti
bukan aku membenci
tapi aku rimas
dengan kawalan tingkahlaku
beri aku ruang pernafasan
agar aku bebas berkawan
dengan mereka yang menerimaku seadanya
kisah kita dulu
biarkan saja
jadikan lipatan sejarah
mungkin satu hari
kita masih boleh berkawan

Friday, January 8, 2010

terkilan

kita tidak pernah bersua
namun aku kenal dirimu
cukup mengenalimu
ku sangka aku mengenalimu
rupanya tidak
kau jauh dari api
jauh juga dari air
aku percaya dirmu
meletakkan segala harapan
sehingga satu hari
aku tersedar dari mimpi
kau bukan seperti yang ku lihat
juga bukan seperti yang ku rasa
Related Posts with Thumbnails