Friday, February 4, 2011

malam pengantin

i
seperti malam pertama
laut depannya bergelora
ombak berkejar-kejaran ke pantai
diiringi angin lembut membelai

ii
di bawah suram wajah malam
perahu masih utuh di pangkalan
bersedia untuk mulakan pelayaran
tanpa ragu dan gundah-gulana
rela menempuh badai dan gelora
demi menuju ke pulau bahagia

iii
berbekalkan kemahiran yang ada
serta pengalaman malam pertama
dia sedia harungi lautan bergelora
bersama kekuatan jiwa dan minda

iv
setelah jauh tinggalkan pantai
perahu pun belajar damai
kerana tiada lagi ombak dan badai
seperti berlaku tepi pantai

v
sebelum masuk dinihari
perahu sudah berlabuh di jeti
setelah tersesat memasuki kuala
kerana kuatnya angin dan gelora

vi
di pesisir pantai
sepi bersatu dengan gelap malam

pena mutiara
taman keramat, kuala lumpur

diambil dari ruangan puisi, mingguan malaysia
ahad, 30 januari 2011

No comments:

Related Posts with Thumbnails