bila aku menangis
itu bukan kerana aku lemah
tetapi mencari kekuatan
untuk hayunan seterusnya
bila aku tersenyum
itu bukan kerana aku bahagia
tetapi kerana dia
aku mahu dia juga senyum
bila aku mengeluh
itu bukan kerana aku merungut
tetapi sekadar peringatan
dunia ini bukan pilihan kita
bila aku membisu
itu bukan kerana aku berkecil hati
tetapi aku berfikir
mencari perumpamaan yang sesuai
bila aku berkata
itu bukan kerana aku mahu
tetapi aku terpaksa
demi panahan mereka yang lain
bila aku bercerita
itu bukan kerana aku rela
tetapi aku mahu kau tahu
betapa kau bererti buat diriku
bila aku menyentuhmu
itu bukan kerana aku mahu merasai hangatmu
tetapi aku mahu memberikan
kasihku kepadamu
bila aku mencintaimu
itu bukan kerana aku dalam kepuraan
tetapi itulah kata hatiku
yang tulus menyayangimu
Friday, October 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment