Friday, February 17, 2012
kebencian
malam yang dingin, ditemani kesakitan yang mencucuk, sendiri, sakit ini, ibarat cinta aku, semakin sakit, semakin lemah, mereka di sekeliling bertepuk tangan, kerana cinta aku, tewas di tangan si dia.
aku tidak punya kekuatan, usahkan berdiri, duduk ini, sudah cukup untuk membunuhku, aku sudah tidak mampu lagi, meneruskan sebuah kehidupan yang tersangat menyakitkan.
memerhati siling itu, terhampar sebuah cinta, yang memakan diri, aku biarkan kau, menikmati kebahagiaan, lepaskan aku, bersama kenangan itu, bahagia aku hanya pada ketika itu, kini, aku sudah mati, untuk selamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment