Tuesday, March 27, 2012

luka ini

sentapan semalam
masih terasa
panas dan pedih
menikam kalbu
menusuk rasa yang ada

hari ini
aku hidup dalam ketakutan
bimbang
gusar
khuatir
disakiti dan dikasari
oleh dirimu
yang berkuasa

ampunkan aku
kerana aku
tidak lagi mempercayai
dirimu
andai masih ada
keikhlasan
tidak mungkin
walau sekali
untukku percaya semua itu

mohonku
lepaskanku
dari cengkaman
tanpa belas kasihanmu
aku ingin bebas

No comments:

Related Posts with Thumbnails