setelah sekian lama
semalam
ada satu pesanan kosong
yang kau tujukan padaku
itu sahaja?
ya
itu sahaja
yang kau berikan kepadaku
setelah sekian lama
kau bersama dengannya
baru hari ini
kau menjelma
itupun kerana esok
bermula kisah dusta
jika tidak
pastikan tidak ada apa-apa
aku penat
masihkah ada ruang itu
untukku
seperti yang telah kau janjikan
atau
sekadar
omongan kosong
ketika aku di depan matamu
masihkah ada
Sunday, June 10, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment