bila aku menulis
tentang hidupku
lantas kau bilang aku bahagia
namun bila aku mengadu
tidak pula kau memujukku
tatkala hidupku sengsara
kau diam seribu bahasa
aku ini insan biasa
yang lemah dan ingin dilindungi
jika tiada tempat mengadu
aku membawa hati ini
merawat sendiri lukanya
aku cipta suatu khayalan
agar aku bisa tersenyum
seolah-olah tiada apa yang berlaku
jujur sekali
aku sudah letih sebegini
hidupku di mata mereka
suatu kehidupan yang sempurna
penuh dengan senyum tawa
tidakkah kau tahu
itu semua bohong belaka
aku terseksa
aku menderita
di balik harapan mereka
kerana aku tidak mampu menipu diri sendiri
aku perlukan sebuah kehidupan yang segar
yang penuh dengan impian realiti
Wednesday, October 10, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment