Wednesday, January 2, 2013

kau yang lupa pada janji

dulu
pernah kau lafazkan
bahawasanya kau
tidak akan pernah
walau sekali
untuk meninggalkan aku
dan aku
percaya kata-katamu

tetapi kini
apa yang telah berlaku
langsung tidak dapat bayangkan
walau berkali-kali
telah ku cuba
untuk mengerti
seakan deria sudah mati
aku terpinggir
di dalam sebuah cerita
yang bernama
percintaan tiga segi

kerana kasih
ku turutkan segalanya
dan kerana sayang jualah
ku pendam semuanya

cinta anganku musnah
tanpa sempat ku
membuka anak mata

No comments:

Related Posts with Thumbnails