Sunday, January 8, 2012
jarak antara kita
benar
hari-hari kita
semain sukar untuk dijalani
kau kata
kau sudah berserah
longlai menghayun langkah
kerana kau dan aku
semakin jauh dan jauh
tetapi
tahukah dirimu
selagi hati ini
tertulis namamu
selamanya aku bahagia sayang
kerana ku tahu
kau sentiasa bersamaku
tidak mengira waktu
tidak juga mengira penat
wahai kekasih
ketahuilah olehmu
aku tidak pernah walau sesaat
melupakan dirimu
sentuhanmu, belaianmu
dan kata-katamu
mekar di hatiku
aku bahagia
kerna kau menyayangiku
walau kita berjauhan
namun hati kita sama
saling merindui
saling mencintai
dan
saling memerlukan
aku sayang padamu kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment