masih ku ingat
setiap bait kata
yang keluar dari mulutmu
umpama hirisan belati
luka lama
berdarah kembali
mengapa begitu tajam
sinis sekali
jahat sangatkah diri ini
di mata mu
atau
kejam sangatkah diri ini
di hati mu
tidak bisa lagi diri ini
menahan dugaan mu itu
cukuplah untuk kesekian kali
aku memohon pada mu
andai benar jahat itu aku
andai benar kejam itu aku
biarkan aku
usah didatangi lagi
kerana aku ini jahat
kerana aku ini kejam
biarkan sahaja aku sendiri
aku cukup dengan kasih
yang engkau beri ini
tidak mahu aku
meminta lebih dari itu
aku bahagia
Monday, January 30, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment