sekali pandang
terus terpikat
lenggok gayamu
sungguh mempersona
tutur bicaramu
sungguh mengasyikkan
indah
bilakah dapat bersamamu
meniti hari mendatang
membina kehidupan yang bahagia
aku disapa lembut dari belakang
oleh hakikat dan realiti
benarkah sinar kebahagiaan
menanti aku dan kamu?
tiada siapa yang mampu memberi jawaban
kerana itu kuasa ilahi
aku adalah insan
kamu juga adalah insan
kita semua adalah insan
tiada yang mampu menandingi tuhan yang satu
Thursday, January 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment