andai bisa untukku memilih
antara air mata
atau senda tawa
pastinya aku memilih keduanya
kerana kedua itu
lambang sebuah kehidupan
yang penuh dengan dugaan
baik melintang
mahupun membujur
semuanya mahu menguji
kekuatan dalaman
jika aku lemah
maka tersungkurlah aku
jika aku kuat
bangkit dan mula bertatih lagi
di saat aku lemah
air mata menemani
di saat aku kuat
kegembiraan menguasai
Monday, January 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment