semalam
hari ini
esok
lusa
semuanya berlalu
bakal berlalu
meninggalkan kita
sebuah kehidupan yang pasti
jangan dilari
jangan dielak
kerana harinya akan tiba
walau berguling
mahupun bergolek
tetap menghampiri
tiada apa yang perlu dilakukan
hanya tabah menempuh
biar dugaan sebesar lautan
biar cabaran sepanas berapi
kerana di bahumu
tergalas satu harapan
harapan setinggi gunung
tabahlah wahai hati
Wednesday, January 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment