Monday, January 24, 2011

benarkan aku berfikir

jangan dihimpit
jangan dipersoal
begitu banyak yang diterjah
hingga aku sendiri terdiam
kaku
bisu
aku bingung
tenggelam dalam oksigen
lemas di daratan
cukuplah semua itu
hentikan buat sementara
benarkan aku bernafas
menyedut udara segar
agar aku bisa berfikir
waras seperti biasa
aku penat
melayan persoalan tanpa kesudahan
kerna aku
punya tiada jawapan

4 comments:

Unknown said...

dasat ni..ade ala2 anisa hang tuah sikit..tapi gaye tersendiri..

therosputih said...

jiji yu
oh...tak setanding ngan sape2 kot, aku ni insan kerdil, cetek ngan ilmu...menulis pun sekadar suka2, setakat apa yang terlintas sahaja...

anyss said...

Salam,
Bakat dah ada...asah kena rajin. Lama2 ada gaya tersendiri dan mampu bersaing dengan penulis lain.

Memetik Anggur di Tasik Beris

therosputih said...

anyss
thanks ye bagi komen yang membina...suke2..

Related Posts with Thumbnails