Monday, January 30, 2012

renggutan hati

masih ku ingat
setiap bait kata
yang keluar dari mulutmu
umpama hirisan belati
luka lama
berdarah kembali
mengapa begitu tajam
sinis sekali
jahat sangatkah diri ini
di mata mu
atau
kejam sangatkah diri ini
di hati mu
tidak bisa lagi diri ini
menahan dugaan mu itu
cukuplah untuk kesekian kali
aku memohon pada mu
andai benar jahat itu aku
andai benar kejam itu aku
biarkan aku
usah didatangi lagi
kerana aku ini jahat
kerana aku ini kejam
biarkan sahaja aku sendiri
aku cukup dengan kasih
yang engkau beri ini
tidak mahu aku
meminta lebih dari itu
aku bahagia

Sunday, January 29, 2012

tenang sayang

tenang sayang ku pasti akan menjemputmu jika sudah tertulis engkau milikku tidakkan bisa kita berpisah kerana kita sudah bersatu tetapi bagaimana harusku tenang wahai sayang jarak antara kita engkau bukan milikku aku juga bukan milikmu walau hati ini hanya tertulis namamu tidak dua atau tiga hanya satu nama engkaulah penyeri jiwaku wahai sayang tenanglah ku pasti menjemputmu sehingga itu ku bebaskan dirimu untuk sekelilingmu agar bisa mengubat dukamu itu semua sudah tidak bererti lagi apa yang ku mahu dan apa yang ku harapkan engkau bahagia sahaja wahai sayang mungkin bukan bahagia denganku tidak mengapa ku mahu engkau senyum kerana senyumanmu itu penawar segala lara hidupku wahai sayang yakinlah cintaku padamu tidakkan pernah mampu berubah kasih ku tetap untukmu sayangku pujaan hati

Friday, January 27, 2012

bintang kelam

aku sudah biasa
ditemani kasih rembulan
dan kasih sang bintang
saban malam
aku ke sini
untuk berjumpa buah hatiku
menanti belaian rindu

malam ini
bintangku membawa diri
yang ada hanyalah sang bulan
terasa malam ini
sudah tidak bermakna lagi
bila aku sendiri
bila bintang merajuk

Wednesday, January 18, 2012

malam ini hujan

di luar kehujanan meninggalkan aku dalam kesejukan aku menggigil mencari sumber kekuatan yang ada tetapi di mana dia cahaya kasihku

Sunday, January 8, 2012

jarak antara kita

benar hari-hari kita semain sukar untuk dijalani kau kata kau sudah berserah longlai menghayun langkah kerana kau dan aku semakin jauh dan jauh tetapi tahukah dirimu selagi hati ini tertulis namamu selamanya aku bahagia sayang kerana ku tahu kau sentiasa bersamaku tidak mengira waktu tidak juga mengira penat wahai kekasih ketahuilah olehmu aku tidak pernah walau sesaat melupakan dirimu sentuhanmu, belaianmu dan kata-katamu mekar di hatiku aku bahagia kerna kau menyayangiku walau kita berjauhan namun hati kita sama saling merindui saling mencintai dan saling memerlukan aku sayang padamu kasih
Related Posts with Thumbnails