Saturday, December 31, 2011

kau aku atau aku kau?

untuk apa semua ini segalanya sudah tertulis dengan jelas dan nyata kau adalah kau dan aku adalah aku tidakkan bisa bersatu walau di alam maya jika harapan semalam sudah terkubur buatmu apa lagi mampu ku katakan aku tetap di sini memegang kata hati harapan itulah kekuatanku untuk meneruskan perjuangan di medan derita jangan diragui lagi wahai kekasih hati pergilah jika itu mahumu tinggalkan aku di sini aku rela menunggu maut menjemputku kau dan aku tidak kan bisa sehaluan lagi selamat tinggal sayang tuturkanlah kepadaku untuk yang terakhir kali aku bahagia denganmu sayang cukup bahagia

Friday, December 30, 2011

apakah ini ujian untuk ku

kau dan aku saling bertentang mata tapi kenapa kau tetap membisu diam seribu bahasa apakah yang berlaku nyatakan padaku wahai kasih andai ada salah silap ku mohon ku perbetulkan tetapi janganla kau membatu kesunyianku ini mencengkam diri andai kau membenciku maka biarlah aku pergi daripada aku menghantui gerak langkahmu rela aku pergi

Saturday, December 24, 2011

sinar yang terpendam

aku merindu
akan kekasihku
yang jauh merantau
tapi apakan dayaku
hanya memuja dari jauh

wahai kekasihku
mengertilah akan dikau
betapa hati ini
hanya untukmu
menanti saat itu
andai masih ada
harapan dan harapan

walau kita menyepi
merawat hati yang lara
setiaku tetap untukmu
tidakkan bisa beralih arah
biarpun ramai yang mendoakannya
biarlah kita berlalu
membawa hati yang setia

kasihku tetap untukmu
wahai kekasihku

Wednesday, November 23, 2011

masih sama

ombak itu
masih sama
udara nya juga 
masih sama
pepasir yang memutih
masih sama
dan cinta aku
masih sama
hanya untuk kamu
insan yang sama
untuk setahun yang lalu

Monday, November 21, 2011

to my only one

i sit watching you go
singing your goodbye
while the big screen shows
while we top the pops
you took your flight
a smile and a wave of goodbye
i try pleasure in loss
now i'm on my own
i won't stay for sure
i won't see the end
so i'll try not to look 
guess i'm okay now
my heart

Friday, November 18, 2011

rapuh

sekian lama
aku meninggalkan kamu
dengan sebutir cinta
ternyata kamu rapuh
tanpa aku di sisi
oh sayang
kuatkan hatimu
gagahkan jiwamu
belailah cinta kita
moga mekar
bila tiba masanya
kita kan bersatu
dan melenyapkan semua nista
yang ada di situ
dan kita
melayari kegembiraan
aku menanti saat itu
bilakah akan tiba

Wednesday, November 16, 2011

nilai setitik air mata

air mata ini
menitik lagi
dan aku
tidak kesal dengannya
biarkan ia menitik
inilah bukti
cintaku untukmu
sejernih air mata yang menitik
percayalah kasih
hatiku ini hanya untukmu
biar apa kata mereka
aku tetap dengannya

Thursday, November 10, 2011

hidupku di sini

percaturan hidup
diteruskan dengan langkah
hayunan demi hayunan
diatur penuh teliti
terasa perit
kepenatan
aku berhenti
menghela nafas
menyeka butiran permata
yang menjalar
di wajahku
aku tidak mengerti
tentang sesuatu

Monday, November 7, 2011

ombak, bulan dan deru angin

aku membawa hati ini
berjalan di pesisir pantai
ombak setia menemani
memukul pasir
ku pandang ke atas
oh bulan
betapa kau masih setia
menemani ku seadanya
tahukah dikau wahai bulan
setiap kali terasa sesak helaku ini
ku pandang raut wajahmu
mencari sedikit kekuatan
untuk menempuh liku-liku hidup
deru angin ini
menyapa lembut rambutku
yang panjang mengurai
membawaku menari bersama
alunan ombak, bulan dan deru angin
terasa kebahagiaan
walau untuk seketika
aku bahagia bersamamu

Friday, November 4, 2011

rajukan si mentari

hari ini
kau keluar bersama
dengan bintang-bintang
cantik bersinar
dengan ini
aku lancarkan
rajukan ku
terhadapmu wahai bulan

Tuesday, October 18, 2011

u are always in my heart

i wrote your name on the sand
but 
the waves washed it away
then 
i wrote in the sky
but 
the wind blew it away
so
i wrote it in my heart
and 
that's where it will stay forever

Sunday, October 16, 2011

hidup ini

dalam hidup ini
bukan kemewahan yang ku kejar
cukup sekadar kebahagiaan
menjadi milik aku

dalam hidup ini
bukan kesempurnaan yang ku cari
cukup sekadar kesederhanaan
agar melengkapi aku

dalam hidup ini
bukan kekekalan yang ku impikan
cukup sekadar keindahan
berkongsi kemanisan denganmu

dalam hidup ini
bukan kesaktian yang ku harapkan
cukup sekadar kekuatan
menempuh hari-hari berliku

dalam hidup ini
bukan keremajaan yang ku perlukan
cukup sekadar kehidupan
putaran masa bersamamu

dalam hidup ini
tidak banyak yang ku idam
cukup sekadar aku dan kau
bersama meniti kehidupan
sehingga maut memisahkan
penyatuan kita di duniawi
kerana di akhirat
kita berdua bersatu
untuk selamanya

Friday, October 14, 2011

bila aku

bila aku menangis
itu bukan kerana aku lemah
tetapi mencari kekuatan
untuk hayunan seterusnya

bila aku tersenyum
itu bukan kerana aku bahagia
tetapi kerana dia
aku mahu dia juga senyum

bila aku mengeluh
itu bukan kerana aku merungut
tetapi sekadar peringatan
dunia ini bukan pilihan kita

bila aku membisu
itu bukan kerana aku berkecil hati
tetapi aku berfikir
mencari perumpamaan yang sesuai

bila aku berkata
itu bukan kerana aku mahu
tetapi aku terpaksa
demi panahan mereka yang lain

bila aku bercerita
itu bukan kerana aku rela
tetapi aku mahu kau tahu
betapa kau bererti buat diriku

bila aku menyentuhmu
itu bukan kerana aku mahu merasai hangatmu
tetapi aku mahu memberikan
kasihku kepadamu

bila aku mencintaimu
itu bukan kerana aku dalam kepuraan
tetapi itulah kata hatiku
yang tulus menyayangimu

Tuesday, September 13, 2011

tulus ku mahu kamu

jika denganmu salah
ku tak mahu yang benar

jika denganmu rebah
biarlah ku tercalar

walau dilandai badai
ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
ku tak mahu yang jelas

jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas

walau dilandai ribut
ku sanggup kerna ku mahu kita berdua bersatu

Monday, September 12, 2011

perginya seorang kekasih

kekasihku
namamu terpahat erat
tidak kan biasa tercalar
walau segaris halus
hanya kau di hati
biar tohmahan dilempar
biar tikaman diterjah
aku tetap di sini
menemani cintaku padamu
tidakkan ku bisa berpaling
walau seinci cuma
kerana dirimu
adalah diriku
tanpamu hilanglah diriku
tanpamu
tawarlah tawa ini
sakit yang ku terima
ku rela
kerana ku tahu
cintaku padamu tulus
ku menunggu saat itu
di mana cintaku dan cintamu
bersatu
andai itu takdirnya

Sunday, August 28, 2011

tangisan sebuah hati

hati ini
hanya ada kamu
terukir kemas
sebuah janji taat setia

hati ini
perlu kamu
menemani setiap nafasku
jua denyut nadiku

hati ini
sungguh sedih
untuk melepaskanmu
tanpa kerelaanku

hati ini
sangat sunyi
tanpa kehadiranmu
mengisi ruangan hidup

hati ini
sungguh tidak sanggup
berjauhan denganmu
apatah lagi berpisah denganmu

hati ini
perlu kamu
cinta kamu
dan hati kamu

Friday, August 26, 2011

adakah cinta itu

kita berdua
sehati sejiwa
senada seirama
hati yang satu
dikongsi seadanya
namun
sekian diuji
sekian ku teruji
masih adakah
cinta antara kita
kerana tawarnya semakin ada
manisnya di air mata
oh kasih
kuatkah aku
untuk mengharung semua ini
tidak ku bisa melepaskanmu
tidak ku bisa merelakanmu

aku mahu kamu
menemaniku
siang malam
setiap saat bersama
aku mahu kamu
bukan mereka
bukan dia

Saturday, August 20, 2011

tidak mahu apa-apa

hati ini
hanya mahu kamu
tidak mahu yang lain

hati ini
hanya mahu kamu
meniti kehidupan berdua

hati ini
hanya mahu kamu
berkongsi air mata

hati ini
hanya mahu kamu
tanpa ada orang lain antara kita

hati ini
tidak bisa berjauhan denganmu
tidak bisa melihat orang lain denganmu

hati ini
hanya mahu bersamamu

Sunday, August 14, 2011

hatiku sakit

tergamaknya kamu
melukakan hatiku yang sudah luka
luka kian parah
tiada siapa yang bisa
mengubatinya lagi

tergamaknya kamu
melemparkan kata-kata nista
tanpa merujuknya kepada ku
kau hancurkan kepercayaanku
kau padamkan kekuatanku

tergamaknya kamu
membuatkanku terseksa
di mata mereka yang lain
aku si penjahat tidak berguna
aku kotor dan tidak suci

tergamaknya kamu
membiarkanku sendirian
meratap dan merenung
segala yang telah berlaku
semuanya disebabkan kamu

tergamaknya kamu
tergamaknya kamu
tergamaknya kamu
tergamaknya kamu
melakukan semua ini

Saturday, August 13, 2011

gunting dalam lipatan

hari ini mahu belajar
memotong dan menjahit
kain sudah dibeli
dek tertarik dengan corak
cikgu cakap
hampar kain luas-luas
lepas itu lukis garisan
ukur ikut badan
tak boleh ukur di badan sendiri
ambil gunting
potong kain ikut garisan
tetapi mana guntingnya
di dalam bekas tidak ada
di dalam laci pun tidak ada
di mana gunting
hamparan kain tadi
terbentang luas
ditenung-tenung
barulah disedari
gunting di dalam lipatan
diam bersahaja
apabila diangkat kain
ternyata kain sudah tergunting sendiri
koyak dan rompong
kain sudah rosak
tidak boleh diperbaiki
dibuang sahaja kini
gunting dalam lipatan
dalam diam kau menikam
tuan punya kain

cinta dan sayang

harus bagaimana
ku nyatakan semua ini
aku cinta
aku rindu
sama kamu pujaan hati

inginku memilikimu
inginku memelukmu
inginku akan dirimu
menemani hari-hariku

betapa dalamnya sayangku
betapa dalamnya cintaku
sehingga aku sanggup mati
untuk tetap setia bersamamu

wahai pujaan hati
hatiku ini hanya untukmu
hari ini hari esok dan hari seterusnya
hati ini untuk diri kamu

Thursday, August 11, 2011

tolong

perjalananku yang jauh
mengheret segala onak duri
tidak sempat untukku mengelak
aku sudah mengutip segalanya

perjalanan ini diteruskan
biarpun kaki beku melangkah
biarpun sendu bersilih ganti
hidup tetap berdenting

meniti perjalanan yang ada
untuk menanti esok hari
yang belum pasti
kuatkah aku menanti....

kepada sang esa aku merayu
tolonglah aku
tolonglah aku
tolonglah aku
aku sudah penat

Sunday, August 7, 2011

aku bukan penipu

kasih
aku di sini keranamu
sayang
aku di sini keranamu
kata-kataku
hanya untuk mu
tidak pernah ku coba
walau sekali
membohongi dirimu
kerana aku tidak punya kekuatan itu
bukan mudah untuk ku melakukannya
bukan mudah juga untukku memendamnya
tetapi
percayalah kasih
percayalah sayang
aku rela begini
asalkan kau bahagia
dan aku
bukan seorang penipu
yang bisa menipu
dirimu yang ku sayangi

Thursday, July 28, 2011

bukan ini kemahuanku

kasih
maafkan aku
kerana aku terpaksa
membiarkan cinta kita
luput sebelum sempat kembang
bagaimana lagi
harus ku jelaskan semuanya
bukan ini kemahuanku
bukan juga kehendakku
ingin sahaja aku lari
bersama pelukanmu
jauh dari mereka
jauh dari semua
dan kita
mula hidup bersama
seperti mana mimpi kita

percayalah sayang
aku amat mencintaimu
dan berharap
aku memilikimu

Saturday, July 16, 2011

aku kamu

sayang
kita sudah tidak punya masa
detik yang ada
kin suntuk
kian meninggalkan kita
dalam kegembiraan
ada sendunya
dalam senyuman
ada tawarnya
bersabarlah sayang
hanya itu yang mampu diucap
oleh kamu kepadaku
olehku kepada kamu
masing-masing begini
kemudian bersandar
menangisi masa yang ada
berapa lama lagi
harus kita begini
tak tertahan rasanya
mari kita akhirinya bersama
biar mereka terkedu

Thursday, July 14, 2011

bagaimana

aku sayang kamu
aku cinta kamu
aku perlu kamu

setiap hari aku memuja kamu
setiap hari aku mengimpikan kamu
setiap hari aku mengharapkan kamu

sebelum lena ada kamu
bagun pagi ada kamu

tiba-tiba aku tersentak

bagaimana hidup aku
jika tanpa kamu
jika jauh dari kamu
jika tidak lagi dengan kamu

bagaimana hidupku sayang
bagaimana

aku buntu

Monday, July 11, 2011

indah tapi perit

aku mencintaimu
sangat indah
tetapi
aku terpaksa meninggalkanmu
atas suatu alasan
sangat perit

inikah kehidupan
seperti yang diperkatakan
hidup tak selalunya indah
dan panas tak selalunya sampai ke petang

aku pasrah
walau payah
walau goyah
tetapku berserah

Friday, July 8, 2011

penghujung segalanya

setiap masa yang berlalu
semakin menyesakan jiwa ini
hidupku tidak keruan
memikirkan dentingan yang bakal berakhir
aku terseksa
air mata ini
bukan air mata kegembiraan
tapi air mata kedukaan
menceritakan segala yang terpendam
di dalam hati kecilku
tiada siapa yang mengetahui
kerana mereka
merasakan aku salah dalam percaturan
tetapi aku?
hidup ini teralu sukar untuk diteruskan

Sunday, June 26, 2011

perit

saban hari
aku membawa bebanan
satu perasaan
mati sebelum sempat
berkembang jauh

sangat perit
aku bisa tersungkur

Monday, May 23, 2011

kemanisan dalam kesabaran

sabar sabar sabar
itulah perkataan keramat
bila mana terasa tercabar
sabar didahulukan
bila mana terasa disebar
sabar juga didahulukan
sabar itu separuh daripada iman
memang benar
hanya orang beriman sahaja
yang mempunyai kesabaran
sabar itu manis
jika dihiasi dengan kemanisan
maka
bersabarlah sayang

Monday, May 9, 2011

untuk ibu

kasihmu
belaianmu
tiada galang ganti
walau aku telah dimiliki
syurga beralih tempat
namun ibu
kau tetap bertakhta
di hati, jiwa dan mindaku
kau ibuku
kau ratuku
kaulah segalanya
tanpamu
tiada aku di dunia
tanpamu
tiada erti kemanisan
sebuah kasih sayang
ibu
aku sayang padamu

Friday, April 29, 2011

ada aku kisah?

biarpun dicerca
dimaki dihamun
oleh mereka yang buta
apa itu kehidupan
dan apa itu hubungan
cukup sekadar tersenyum
aku tidak membidas
jauh sama sekali memusuhi
cukup sekadar tersenyum
membiarkan mereka begitu
dalam dunia mereka
kerana ingin aku ingatkan
kepada mereka
ada aku kisah?
tidak sama sekali
tuhan itu satu
aku serahkan saja pada dia
benar tetap benar
salah tetap salah
itulah hukum alam

Sunday, April 24, 2011

kejam

sampai bila harus ku nanti
sebuah janji untuk dikota

sampai bila harus ku tunggu
kau hadir menemani di sisi

sampai bila harus ku sabar
menyaksikan kau berasmaradana dengan si dia

sampai bila harus ku abai
segala tingkah laku curangmu

sampai bila harus ku tersenyum
di sebalik kehancuran yang kau berikan

sampai bila harus aku dilayan begini
menerima sahaja kekejaman yang dihunus
sampai bila
sampai bila
aku sudah penat

Thursday, April 21, 2011

tanggal 21 april

tanggal 21 april
tepat jam 5.30 pagi
aku dilahirkan
dari perut ibu
yang bersusah payah
menjaga dan mendidikku
sehingga ke hari ini

tanggal 21 april
sau tarikh keramat
bukan untuk dirai
dalam majlis penuh hilai tawa
tetapi untuk diinsafi
betapa dalam kasih ibu
betapa tak terbalas
jasa yang telah ditabur

tanggal 21 april
tetap tersemat di sanubari
satu tarikh untuk diingati
dan dibawa sampai ke mati
aku dilahirkan ke dunia

tanggal 21 april
tiada kata yang mahu diucap
cukup sekadar
selamat ulangtahun sayang

Wednesday, April 20, 2011

mencari kekuatan

di saat aku lemah
aku merenung ke langit
mencari kekuatan
di sebalik awan hitam
moga ada sinar bahagia
buatku

di saat aku bahagia
aku merenung langit
mencari kepastian
apakah ini kenyataan
atau sekadar mimpi belaka
supaya aku sentiasa beringat
kebahagiaan ini sementara
perjalanan masih jauh
banyak yang perlu ditempuhi

langit
terima kasih

Monday, April 18, 2011

kata itu lebih tajam

dalam sedar itu
kau melontar
segala kata-kata
yang tersimpan
dari setiap pelosok
hati dan akal mu
melontar dan terus melontar
tanpa sedikit pun belas
atau sela
kau terus menujah
menghukum dia
yang diam membisu
aku memerhati
penuh ketidakpuasan
kenapakah ini yang berlaku
kau berkata
tanpa akal

Wednesday, April 6, 2011

ragam manusia

aku yang buta
atau kau yang bisu?

aku yang bisu
atau kau yang pekak?

tidak mengapa
setiap yang berlaku
aku serah sahaja pada tuhan

Wednesday, March 30, 2011

kenapa?

aku mencintaimu
benar aku mencintaimu
tidak perlu diduga
betapa dalamnya cintaku
tidak perlu diuji
betapa kuatnya perasaan ini
cinta dan sayang
untuk dirimu
aku menyayangi mu seadanya
mencintaimu seadanya
bukan kerna paras rupa
jauh sekali harta
harus bagaimana
perlu ku jelaskan lagi
padamu
harus berapa kali
harus kau uji diri ini
kenapa begitu kejam
kenapa begitu kejam

Tuesday, March 29, 2011

salahkah aku mencintainya?

aku mengerti sedari dulu
yang salah itu tetap salah
dan kebenaran tetap benar
biarpun berapa lama masa berlalu
namun
salahkah aku jika mencintainya
di saat hati ini sudah dimiliki
salahkah aku jika menyayanginya
di saat aku telah disayangi insan lain
aku bingung dengan diri ini
cinta itu suci
sesuci embun pagi
yang kotor hitam itu
hanyalah hasad dengki
yang dicipta sang manusia
aku mencintai seadanya
menyayangi seadanya
salahkah aku memiliki perasaan itu
aku merenung hembusan bayu
memohon satu jawapan yang pasti
aku sendiri sudah tahu
yang salah tetap salah
tidak guna menyangkalnya lagi

Sunday, March 27, 2011

dan sebenarnya

sedang aku menunggu
aku perhatikan sesuatu
kisah lalu aku
yang penuh hilai tawa
dan air mata
baik sedih baik pedih
semuanya ku harungi
ditelan tanpa luah
setiap yang berlaku
punya nilai tersendiri
jika dulu aku pasti mengeluh
namun hari ini
aku hanya mampu tersenyum
aku puas dengan masa lalu
aku bahagia dengannya

Thursday, March 24, 2011

andai kau bukan milikku

kekasih
dari saat mata bertentang
aku sudah jatuh cinta padamu
tidak tergambar lagi
betapa sayangnya aku padamu
saat bersamamu
sangat membahagiakanku
senyuman yang terukir di bibirku
seikhlas mentari pagi
namun
ikatan kasih kita ini
andai tidak direstu
apalah dayaku
doaku kita tetap bersama
tetapi
andai kau bukan milikku
aku pasrah wahai kekasih
di hati ini
kau tetap ku sayang

Wednesday, March 2, 2011

ke mana kita

semalam
aku diganggu
hari ini
pun sama
tetap diganggu
oleh insan yang sama
yang mengharapkan kasih dariku
sudah berapa kali
aku bilang
aku tidak mahu
aku tidak mahu
kerana aku tidak mahu
tetapi tiada perubahan
pernah sekali engkau bertanya
ke mana hala kita
selepas ini
aku tetap berkeras
tiada ke mana-mana
aku tetap di sini
hanya kau
yang akan berlalu
dan aku
muktamad

Monday, February 28, 2011

aku punya perasaan

dari jauh
aku merenung potret itu
tergantung kemas di dinding
menandakan suatu peristiwa
telah berlalu
meninggalkan sebuah kenangan
satu perasaan mencengkam jiwa
aku rindu suasanan itu
aku rindu empunya gerangan itu
aku rindu semuanya
namun
aku tahu di mana kedudukanku
jauh terpencil
meninggalkan mereka
dan
ditinggalkan mereka
aku pasrah
dengan perasaan yang ada
ku titipkan kekuatan
ke dalam diri ini

Wednesday, February 23, 2011

nyanyian disember

mendung berlapis mendung
busana senja labuh menghodoh
angin barat meludah-ludah
rumbia sekeping tertanggal
adik berkelahi dengan tangan hujan
kakak di kota tanpa surat kiriman
kolek ayah di geraham gelombang
ibu tangan terketar
ubi kayu berguling di pinggan

wikunila ms
kuala terengganu

diambil dari ruangan puisi, mingguan malaysia
ahad, 30 januari 2011

Sunday, February 20, 2011

kita bersama

serata dunia
kita datang
bertamu di sini
memulakan misi hidup baru
berkongsi semua
bercerita pahit manis
susah payah
tetap dikongsi
tak terasa keperitan
tapi manisnya ada
senyuman ini
mekar selamanya
kerana kamu semua ada
setia di sisi
terima kasih kawan

Sunday, February 6, 2011

bagitulah hebatnya

begitulah hebatnya bahasaku
bangsaku
dengan novel interlok itu
digenggamanmu
mengutarakan bicara
dengan ilmu
secara akademik serta intelektual
untuk rakyat membaca
dan memahami

itulah bahasa melayu
bukan penghalang kemajuan
tulis apa yang difikirkan
dan kebaikan
apa yang meyakinkan
untuk disampaikan
itulah untuk mempelajari mula di sekolah
untuk memajukan bangsa
dan negara satu malaysia

pelbagai kontroversi dilemparkan
namun kata penulisnya
memahami dulu
sebelum buat tuduhan


abd rahim hamid
merlimau, melaka

diambil dari ruangan puisi, mingguan malaysia
ahad, 30 januari 2011

Friday, February 4, 2011

malam pengantin

i
seperti malam pertama
laut depannya bergelora
ombak berkejar-kejaran ke pantai
diiringi angin lembut membelai

ii
di bawah suram wajah malam
perahu masih utuh di pangkalan
bersedia untuk mulakan pelayaran
tanpa ragu dan gundah-gulana
rela menempuh badai dan gelora
demi menuju ke pulau bahagia

iii
berbekalkan kemahiran yang ada
serta pengalaman malam pertama
dia sedia harungi lautan bergelora
bersama kekuatan jiwa dan minda

iv
setelah jauh tinggalkan pantai
perahu pun belajar damai
kerana tiada lagi ombak dan badai
seperti berlaku tepi pantai

v
sebelum masuk dinihari
perahu sudah berlabuh di jeti
setelah tersesat memasuki kuala
kerana kuatnya angin dan gelora

vi
di pesisir pantai
sepi bersatu dengan gelap malam

pena mutiara
taman keramat, kuala lumpur

diambil dari ruangan puisi, mingguan malaysia
ahad, 30 januari 2011

Wednesday, February 2, 2011

jangan berduka, bung!

mereka bermain api
kita curahkan air
mereka kepalang ajar
kita berikan tunjuk ajar

bung, jangan berduka rasa
kami tetap bersama
kata bidalan membawa makna
dicubit paha kiri
paha kanan pun terasa

mereka keruhkan suasana
kita jernihkan muara mesra
mereka segelintir buta sejarah
mengagungkan dasar penjarah

jangan berduka, bung
pasti ada hikmahnya
jangan berduka lagi, bung!

ria asmira
johor bahru, johor

diambil dari ruangan puisi, mingguan malaysia
ahad, 30 januari 2011

Monday, January 24, 2011

benarkan aku berfikir

jangan dihimpit
jangan dipersoal
begitu banyak yang diterjah
hingga aku sendiri terdiam
kaku
bisu
aku bingung
tenggelam dalam oksigen
lemas di daratan
cukuplah semua itu
hentikan buat sementara
benarkan aku bernafas
menyedut udara segar
agar aku bisa berfikir
waras seperti biasa
aku penat
melayan persoalan tanpa kesudahan
kerna aku
punya tiada jawapan

Sunday, January 23, 2011

kusut

tugas tugas dan tugas
makin bertambah
bikin sesak
berkurang jarang sekali
bertambah berkali-kali
jika terasa kusut
buanglah pandangan yang ada
ke arah yang tenang
jalani perkara yang senang
hati yang padat
bisakan berkurang
hidup ini semakin kompleks
tidak guna menafi
kerana tiada kesan
tetapi ubahlah gaya pemikiran
hiasi dengan keredhaan
pasti hari yang kusut
menjadi tenang senang
kerana hari ini
kita yang tentukan
hari esok
kita yang rancang

Saturday, January 22, 2011

pengertian

berani kerana benar
takut kerana salah
jika sudah benar
tapi masih takut-takut
bagaimana pula

pertemuan dan perpisahan
jodoh maut
semuanya di tangan tuhan
setiap perancangan
diserahkan saja pada si dia

jauh itu jarak
dekat itu juga jarak
tiada beza
tapi kenapa
masih wujud rindu

benci bilang cinta
marah bilang sayang
kalau hati sudah berkenan
tidak guna tunggu lagi
teruskan saja kehendak hati
bersulami hukum agama
dihiasi fitrah adat

Friday, January 21, 2011

terasa

dunia ini
milik bersama
bukan ana yang punya
kita berkongsi
kita memberi
dan menerima
tiada manusia
yang hidup sendiri
inilah masyarakat namanya
semua benda berkait rapat
batasan hidup beramai
perlu dijaga
perlu diawasi
kerana silap langkah
buruk padahnya
halusi bicara
silap kata
buruk sendiri
tak bisa dipusing kembali
setiap detik yang berlalu
oleh itu
berhati-hati
ketika menabur budi

Thursday, January 20, 2011

air dicencang tidakkan putus

hubungan kekeluargaan
tetap tidakkan putus
walau jauh merantau
biar beribu batu
hatinya tetap sama
sayang menyayangi
sesama keluarga
jauh di mata
dekat di hati
susah payah bersama
tetap dikenang
tidak guna ucapan terima kasih
atau apa sahaja yang terkeluar
semuanya seakan satu kewajipan
menjaga kekeluargaan
agar tetap utuh
dan kukuh
sehingga ke titisan akhir

Wednesday, January 19, 2011

tik tok

semalam
hari ini
esok
lusa
semuanya berlalu
bakal berlalu
meninggalkan kita
sebuah kehidupan yang pasti
jangan dilari
jangan dielak
kerana harinya akan tiba
walau berguling
mahupun bergolek
tetap menghampiri
tiada apa yang perlu dilakukan
hanya tabah menempuh
biar dugaan sebesar lautan
biar cabaran sepanas berapi
kerana di bahumu
tergalas satu harapan
harapan setinggi gunung
tabahlah wahai hati

Tuesday, January 18, 2011

kekasih gelapku

cinta pertama
mana bisa dilupa
biar beribu batu
kaki ini melangkah
namun namamu jua
yang terukir
di balik hayunan ini
biarpun
yang patah tumbuh
yang hilang berganti
wajahmu sering diingati
gelak tawamu
lirikan matamu
masih menambat hati ini
walaupun cinta baru
mekar segenap ruang
hati dan jiwa ini
namun
jauh di sudut hati
aku masih rindu kamu
berdosanya aku
mencintai insan lain
tapi masih merindumu
sungguh sukar melupakanmu
biarpun kini
kau sekadar
kekasih gelapku

Monday, January 17, 2011

warna kehidupan

putih itu suci
hitam itu kotor
merah itu dendam
kuning itu daulat
hijau itu keamanan
biru itu ketenangan
merah jambu itu ayu
coklat itu lembut

mana satu warna anda?

Sunday, January 16, 2011

ibarat kain putih

bayi yang baru dilahirkan
cukup rapat dengan kain putih
bukan kerana teksturnya
tapi kerana warnanya

putih boleh dicorakkan apa sahaja
boleh diwarnakan dengan apa sahaja
semuanya bergantung
bagaimana kehendak pencorak

kain itu tidak punya hak
tidak punya kuasa
menyuarakan rasa
bagaimana mahu mencorakkannya

Saturday, January 15, 2011

dendam kesumat

semalam
tidurku diganggu
dendam lama
menular kembali
menuntut pembalasan
menuntut pembelaan
telah ku cuba
alih pandangan
namun gagal
dendam itu
seakan-akan memanggil
jasad ini
jiwa ini
persetan itu semua
pergi kau
pergi
jangan diganggu hidup ini

Friday, January 14, 2011

salahkah jika aku terlupa

jika hari ini aku terlupa
dan masih lagi terlupa
biarpun hari telah berlalu
dan aku
masih lagi terlupa
aku pohon padamu
tolong ingatkan aku
tentang kisah lalu
tolong ingatkan aku
tentang kisah masa depan
agar aku bisa ingat
dan ingat
dan andai kata
aku tetap terlupa
selepas seketika
hanya kemaafan yang ku pohon
ingatanku semakin pudar
bukan aku yang sengaja

Thursday, January 13, 2011

di ufuk senja

garisan merah
sudah jelas kelihatan
menandakan bermulanya hari baru
pemisah hari semalam
sepatutnya
di kala ini
kita umat manusia
bertafakur sejenak
bermuhasabah
memikirkan segala salah dan silap
menuntut kemaafan
dan kempunan
dari si pencipta
tapi arus kemodenan
membuat manusia alpa
lupa pada tuhan
lupa pada janji
mereka terus bersatu
bersama alunan rancak
tidak kira senja
tidak kira dinihari

Wednesday, January 12, 2011

terkurung sepi

penjara ini
mengajarku seribu erti
tentang hidup sendiri
dan mereka yang memerhati

penjara ini
memberiku seribu mimpi
betapa aku insan sepi
yang rindu pada dewi

penjara ini
mencatat seribu kisah hakiki
bermula dengan sesali
berakhir dengan tangisi

penjara ini
membuatku sedar diri
aku adalah milik ilahi
hanya dia tempat ku mengabdi

Tuesday, January 11, 2011

tinta itu bersuara

sekian lama
diam tanpa bicara
kenapa
merajukkan ia
adakah sengketa lama
kembali menghantui
atau
sudah mahu berhenti
keluar dari kepompong biasa
satu per satu
persoalan yang timbul
namun tiada satu jawapan
kosong semata-mata
sehinggalah suatu hari
terdengar goresan
hati ini meronta-ronta
mahu bertanya
tapi bimbang
tersalah tafsir
aku diam membisu
kemudian
bahuku disentuh lembut
ada kertas usang
diserahkan kepadaku
aku meneliti setiap bait
oh sungguh syahdu
siapakah gerangan di sebaliknya
seraya aku terdengar
itulah kata-kata terakhir dari ibu
ibu?
ya ibu
ibu yang telah lama meninggalkan kami
mendoakan kami hidup senang
ibu...aku rindu padamu

Monday, January 10, 2011

menangis atau ketawa

andai bisa untukku memilih
antara air mata
atau senda tawa
pastinya aku memilih keduanya
kerana kedua itu
lambang sebuah kehidupan
yang penuh dengan dugaan
baik melintang
mahupun membujur
semuanya mahu menguji
kekuatan dalaman
jika aku lemah
maka tersungkurlah aku
jika aku kuat
bangkit dan mula bertatih lagi
di saat aku lemah
air mata menemani
di saat aku kuat
kegembiraan menguasai

Sunday, January 9, 2011

dentingan demi dentingan

tik tok tik tok
jam lama itu berdetik
masih kukuh masih hebat
biarpun warnanya semakin terhakis
namun masih bertenaga
mengira saat yang berlalu
sesekali beradu
menarik nafas dalam-dalam
dan melepaskannya perlahan-lahan
tiada pernah walau sekali
mengeluh kepenatan
ataupun kebosanan
melalui rutin yang sama
tik tok tik tok
masih berdetik
mengingatkan mereka di sekeliling
bahawasanya masa itu semakin berlalu
menyedarkan mereka
betapa lama mereka di situ
menanti benda yang tak pasti
menunggu insan yang belum ketemu

Saturday, January 8, 2011

puisi sahabat

Sahabat…
Sahabat terkadang bisa buat kita senang…
Tapi sahabat juga bisa membuat kita terluka…
Dikala engkau senang,…
Dikala engkau sedih,…
Hanya kepadaku engkau bersandar…
Sahabat…,
Kenapa engkau hadir dlm hdupku…
Kenapa engkau membuatku menangis…?
kenapa engkau senyum dlm tangisku…
Begitu mudahnya kau melupakan persahabatan kita…
Sia2 kita bina persahabatankita ini…
Selamat tinggal sahabat sejatiku…

taken from here

Friday, January 7, 2011

puisi untuk sahabat

sahabatku………
seberat apapun masalahmu
sekelam apapun beban hidupmu
jangan pernah berlari darinya
ataupun bersembunyi
agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa menghindar darinya
karena sahabat…..
seberapa jauhpun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupanmu
sahabatku……
alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
persilahkan ia masuk dalam bersihnya rumah hati
dan mengkilapnya lantai nuranimu
hadapi ia dengan senyum seterang mentari pagi
ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran
ditambah sedikit penganan keteguhan
sahabat…….
dengan begitu
sepulangnya ia dari rumahmu
akan kau dapati
dirimu menjadi sosok yang tegar
dalam semua keadaan
dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan
dan yakinlah sahabat……..
kaupun akan semakin bisa bertahan
kala badai cobaan itu menghantam

sumber : anonim
taken from here

Thursday, January 6, 2011

layakkah kita untuk menilai

sekali pandang
terus terpikat
lenggok gayamu
sungguh mempersona
tutur bicaramu
sungguh mengasyikkan
indah
bilakah dapat bersamamu
meniti hari mendatang
membina kehidupan yang bahagia
aku disapa lembut dari belakang
oleh hakikat dan realiti
benarkah sinar kebahagiaan
menanti aku dan kamu?
tiada siapa yang mampu memberi jawaban
kerana itu kuasa ilahi
aku adalah insan
kamu juga adalah insan
kita semua adalah insan
tiada yang mampu menandingi tuhan yang satu

Tuesday, January 4, 2011

melihat matahari

kesejukan mencengkam jiwa
semakin dicuba meronta
semakin dalam terasa
ku pusing kanan dan kiri
mencari tempat mengadu
kosong
tiada apa-apa
ku pandang bawah
kotor kakiku
terpalit tanah hitam
yang dibasahi hujan semalam
dengan kudrat yang ada
ku tadah jari-jemari yang comot
mataku tepat ke arah matahari
ku pohon dikurniakan sesuatu
untuk ku berpegang dan berpaut
ku raut ke muka
tiba-tiba
terasa kehangatan
yang sungguh lembut
menyelimuti tubuh kering ini
aku yang terpinga-pinga
mencari apakah itu
namun tidak diketemui
hai manusia
pandanglah kamu kepada tuhanmu
suara itu
sungguh asing bagiku
tetapi sangat menenangkan
aku mencari petunjuk
dan terlihat satu sinaran
matahari itu
boleh bercakap?
aku merenungnya lagi dalam-dalam
tidak...bukan matahari itu yang bercakap
lalu aku memberanikan diri
siapa yang bercakap?
senyap
tapi suara siapa tadi
mungkinkah itu satu pentunjuk
menuntut aku patuh pada tuhanku?
malu menguasai diri serta-merta
betapa aku selalu melupakan tuhan
oh...aku malu dengan diri sendiri
ya tuhanku
hanya engkau tempat aku berpaut

Sunday, January 2, 2011

ratih sanggarwati - bila ibu bisa memilih

anakku
bila ibu boleh memilih
apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
maka ibu akan memilih mengandungmu
karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
sembilan bulan nak
engkau hidup di perut ibu
engkau ikut kemana pun ibu pergi
engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak
karena kebahagiaan
engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman
karena ibu kecewa dan berurai air mata
anakku
bila ibu boleh memilih
apakah ibu harus operasi caesar
atau ibu harus berjuang melahirkanmu
maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
karena menunggu dari jam ke jam
minit ke minit kelahiranmu
adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga
karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia
sangat ibu rasakan
dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
malaikat tersenyum di antara peluh dan erangan rasa sakit
yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun
dan ketika engkau hadir
tangismu memecah dunia
saat itulah
saat paling membahagiakan
segala sakit dan derita sirna melihat dirimu yang merah
mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan
kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati
tentang junjungan kita
rasulullah di telinga mungilmu
anakku
bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah
atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu
maka ibu memilih menyusuimu
karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu
dengan tetesan-tetesan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu
dalam kantuk ibu
adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan
anakku
bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
maka ibu memilih bermain puzzle denganmu
tetapi anakku
hidup memang pilihan
jika dengan pilihan ibu
engkau merasa sepi dan merana
maka maafkanlah nak
maafkan ibu
maafkan ibu
percayalah nak
ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita
agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
percayalah nak
sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
percayalah nak
engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu


karya - Ratih Sanggarwati (Ratih Sang)


***beberapa patah perkataan asal telah ditukar ke bahasa tempatan (bahasa melayu baku) agar maksud yang disampaikan lebih mudah difahami dan dimengerti, tidak bermaksud utk mengciplak atau sebagainya

*** karya asal yang menggunakan patah perkataan asal boleh didapati dengan cara google>ratih sanggarwati-bila ibu bisa memilih

harap maklum

Saturday, January 1, 2011

hari ini juga indah

memasuki era baru
perlu menentukan semula
segala azam dan impian
demi membangkitkan
segala usaha dan tindakan
barulah hidup sentiasa segar
mahu mencapai kejayaan
tahun ini
azam baru telah terhampar
menanti usaha mengutip
dan digantung dalam hidup
itulah dia
koleksi kejayaan aku
nampak tidak tersusun
nampak tidak kemas
kerana ia lambang hidupku
yang bengkang bengkok
tidak mengapa
asal penghujungnya
mampu ku capai
biarlah bersusah sedikit
tapi manis dapat dirasa
kejayaan dicapai
Related Posts with Thumbnails