Friday, March 29, 2013

membisu

sekian lama
kita menyulam cinta
episod demi episod
sehari demi sehari
tidak pernah terputus
kebahagiaan milik kita berdua

namun
kau berubah jua
dek kerana insan ketiga
aku kau tinggalkan
tanpa khabar berita
kau pergi
tanpa salam perpisahan

tiada lagi episod
antara kau dan aku
kerana yang tinggal
hanyalah air mata
dan seluruh kesengsaraan

Tuesday, March 19, 2013

katakan masih cinta

saban malam
aku termimpikan kamu
datang membelaiku
dan memberiku kasih dan sayang

saban malam juga
aku termimpikan kamu
bersama insan lain
sungguh tidakku senang

saban malam juga
aku ternampak semuanya
kata-kata palsu
yang pernah kau taburi

saban malam
aku ditemani air mata
betapa hati ini telah hancur
dek kerana kamu
Related Posts with Thumbnails