Tuesday, October 30, 2012

hanya kamu

tanpa disuruh
aku jatuh cinta cinta padamu
tanpa diarah
aku menyayangi dirimu
tanpa dipinta
aku mrindui dirimu
dan tanpa kamu
aku tetap setia di sini

cinta ini
untuk kamu
sayang ini
untuk kamu
dan jiwa ini
hanya untuk kamu

Wednesday, October 17, 2012

sekadar untuk perkongsian

Dia tengah tido, tp malaikat duk tulis dosa dia.

Dia tengah solat, malaikat duk tulis dosa dia jugak.

Dia belajar, makan, mandi, malaikat tetap setia mencatit dosa dia.

Dia x buat ape2 pun... malaikat masih x berhenti catit dosa dia.

Eh? Ape salah dia?

Rupanya banyak mata2 sedang melihat gambarnya yg x menutup aurat di fb. Setiap kali ada lelaki yg melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah. Seramnya.

Awak, gambar2 awak tu memang cantik, comel, cute je. Tp simpan la semua tu untuk suami awak je. Hanya yg halal je layak nikmati kecantikan awak tu. X perlu nak tayang aurat awak kat satu dunia. Hot kat dunia, kat akhirat hot dgn api neraka plak. Sanggup ke awak? Ngee~~

*right-click, save image as..* Sape2 pun bley buat camtu kan?

Nanti awak dh meninggal, kat dalam kubur tuh malaikat xkn berhenti seksa awak selagi ade lelaki atas dunia ni yg duk tgk gambar awak yg x tutup aurat. Masa tu ape yg awak bley buat? Nothing. Hidup di kubur yatim piatu, tinggallah seorang dipukul dipalu~ ingat...dunia ini hanya sementara....while...syurga forever....

copy paste dari fb kawan2
(tidak tahu siapa sumber asalnya)

Sunday, October 14, 2012

suami isteri

Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg. 

 Suami: "Kenapa?"

 Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!"  


Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg. 

 Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?"

Wednesday, October 10, 2012

jika ini ceritaku

bila aku menulis
tentang hidupku
lantas kau bilang aku bahagia
namun bila aku mengadu
tidak pula kau memujukku
tatkala hidupku sengsara
kau diam seribu bahasa

aku ini insan biasa
yang lemah dan ingin dilindungi
jika tiada tempat mengadu
aku membawa hati ini
merawat sendiri lukanya
aku cipta suatu khayalan
agar aku bisa tersenyum
seolah-olah tiada apa yang berlaku

jujur sekali
aku sudah letih sebegini
hidupku di mata mereka
suatu kehidupan yang sempurna
penuh dengan senyum tawa
tidakkah kau tahu
itu semua bohong belaka

aku terseksa
aku menderita
di balik harapan mereka
kerana aku tidak mampu menipu diri sendiri
aku perlukan sebuah kehidupan yang segar
yang penuh dengan impian realiti
Related Posts with Thumbnails