Monday, December 31, 2012

igauan

saban malam
wajahmu hadir menemani
dalam lenaku
kau hadir
di sini
tiada apa yang terucap
hanya membisu sahaja
kasih
hatiku sudah terguris
dek tingkah laku mu
antara kau dan dia
apa lagi yang tinggal untuk aku
aku tertipu
dek kata-kata manismu
betapa aku terkesan
dengan semua ini

Saturday, December 29, 2012

kerinduan

rindu padanya
yang jauh di sana

sayang padanya
yang jauh di sana

Friday, December 28, 2012

dia yang menjauh

saban hari
aku menunggu kehadirannya
untuk menjemputku
bawaku pergi
jauh dari sini
bersama-sama dengannya

aku masih setia
menunggu akan kehadirannya
hari berganti hari
kesetiaan ku tercalar

masih adakah cinta di hatinya
untuk diriku

terpaksaku memujuk diri
membawa lara yang ada
ditemani sepi malam
yang semakin kelam

sabarlah wahai hati

Sunday, December 9, 2012

perit

hati ini
sejujurnya masih sama
tidak ada yang berubah

namun
retak yang melanda
seakan sukar dibendung lagi

mengapakah mudah bagi dirimu
membohongi diri ini
dan menyatakan yang palsu
kepada ku
agar kedengaran manis-manis sahaja

sungguh
aku tertipu
dek cerita mu itu

hari ini
aku terasa sangat jauh
dari cinta kamu untuk ku

seakan-akan
kau sudah lupa padaku

Wednesday, November 7, 2012

samad dan mcd

•Samad : "helooo...mekdi?
~McD : "iye...McD sini..nak pesan ape encik?
•Samad : "ayam ade?"
~McD : "ade..."
•Samad : "boleh beradu dgn ayam laga sy x?"
~McD : "huh?" (letak telefon)

•Samad : "hello mekdi ke ni?"
~McD : "iye betul.. ooow ini yg tadi telefon yeee!!!
•Samad : " nak tanye makanan ini... ayam ade lagi?"
~McD : "ade...!!!"
•Samad : "nasi...dgn eskrim ade?"
~McD : "msh ade..."
•Samad : "kesian....tak laku ekkk...?"
~McD : "dasar orang gilaaaa!!!" (letak telefon)

•Samad : "hello mekdi?"
~McD : "orang gilaaa ko jgn main2 ek!!!"
•Samad : "iye... maaf nak tanye, bukak 24 jam ye?"
~McD : "iye.. nape? nak pesan pape?"
•Samad : "tak... cuma kesian x tidur2 nih..."
~McD : (baling telefon)

•Samad : "hello ini mekdi?"
~McD : "ko jgn lebih2, aku blasah baru ko tau..!!! (start marah dh)"
•Samad : "maaf... serius sekarang nak pesan makanan nih"
~McD : " haa cmtu laa.. jgn main2 lg ye ... pesan ape?"
•Samad : "bubur kacang hijau besar punye 1"
~Mcd : (kejang... mulut Berbuih....& pengsan..)




perkongsian rakan2 di fb

Tuesday, October 30, 2012

hanya kamu

tanpa disuruh
aku jatuh cinta cinta padamu
tanpa diarah
aku menyayangi dirimu
tanpa dipinta
aku mrindui dirimu
dan tanpa kamu
aku tetap setia di sini

cinta ini
untuk kamu
sayang ini
untuk kamu
dan jiwa ini
hanya untuk kamu

Wednesday, October 17, 2012

sekadar untuk perkongsian

Dia tengah tido, tp malaikat duk tulis dosa dia.

Dia tengah solat, malaikat duk tulis dosa dia jugak.

Dia belajar, makan, mandi, malaikat tetap setia mencatit dosa dia.

Dia x buat ape2 pun... malaikat masih x berhenti catit dosa dia.

Eh? Ape salah dia?

Rupanya banyak mata2 sedang melihat gambarnya yg x menutup aurat di fb. Setiap kali ada lelaki yg melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah. Seramnya.

Awak, gambar2 awak tu memang cantik, comel, cute je. Tp simpan la semua tu untuk suami awak je. Hanya yg halal je layak nikmati kecantikan awak tu. X perlu nak tayang aurat awak kat satu dunia. Hot kat dunia, kat akhirat hot dgn api neraka plak. Sanggup ke awak? Ngee~~

*right-click, save image as..* Sape2 pun bley buat camtu kan?

Nanti awak dh meninggal, kat dalam kubur tuh malaikat xkn berhenti seksa awak selagi ade lelaki atas dunia ni yg duk tgk gambar awak yg x tutup aurat. Masa tu ape yg awak bley buat? Nothing. Hidup di kubur yatim piatu, tinggallah seorang dipukul dipalu~ ingat...dunia ini hanya sementara....while...syurga forever....

copy paste dari fb kawan2
(tidak tahu siapa sumber asalnya)

Sunday, October 14, 2012

suami isteri

Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg. 

 Suami: "Kenapa?"

 Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!"  


Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg. 

 Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?"

Wednesday, October 10, 2012

jika ini ceritaku

bila aku menulis
tentang hidupku
lantas kau bilang aku bahagia
namun bila aku mengadu
tidak pula kau memujukku
tatkala hidupku sengsara
kau diam seribu bahasa

aku ini insan biasa
yang lemah dan ingin dilindungi
jika tiada tempat mengadu
aku membawa hati ini
merawat sendiri lukanya
aku cipta suatu khayalan
agar aku bisa tersenyum
seolah-olah tiada apa yang berlaku

jujur sekali
aku sudah letih sebegini
hidupku di mata mereka
suatu kehidupan yang sempurna
penuh dengan senyum tawa
tidakkah kau tahu
itu semua bohong belaka

aku terseksa
aku menderita
di balik harapan mereka
kerana aku tidak mampu menipu diri sendiri
aku perlukan sebuah kehidupan yang segar
yang penuh dengan impian realiti

Tuesday, September 25, 2012

diari si kecil

dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berikan nyawa. sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, "saya sungguh gembira..." 9 bulan lagi saya akan dapat melihat dunia. oh, dari kata-kata yang kedengaran, dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia. sungguh 9 bulan amat lah lama bagi saya. tapi takper la penantian yang panjang bakal memberi kan saya satu kenikmatan kelak. saya percaya itu.

hari nih saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam perotnya. saya dengar doktor bagi tahu ibu tadi. semalam ibu sakit perot. ingin sekali saya jeritkan pada ibu, "maaf ibu, sebab saya ibu terpaksa sakit perot segala..." tapi apa kan daya mulut saya belom terbentuk sempurna. tapi kan saya sungguh pelik. kenapa bila ibu keluar dari bilik doktor wajah ibu murung? tadi saya lihat ada ibu lain yang masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tau dia punya bayi dalam perut. oh saya faham, mungkin ibu masih sakit perot agaknya...

malam nih ibu tidor lewat. ibu tunggu ayah barangkali. mesti ibu nak bagi tau ayah pasal saya kan? sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran rumah kita di waktu malam. ibu..... saya sejuklah. tapi saya tau sebentar lagi saya bakal di cium oleh ayah. takper, saya rela bersejuk.

sampai pukul 2 pagi baru ayah datang. dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit. kelakar lah dorang nih, ibu saya dah kawin la weh, dah ada saya dah dalam perot, mana boleh ngorat. tapi saya paham, ibu saya kan cantik, macam saya jugak lah. bila ayah sampai, muka ibu cuak-cuak, tapi saya tau ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat seprise. romantiknya ibu ayah saya!! mesti saya akan di sayangi bila keluar nanti.

tapi tadi saya terberangan, saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang. cuma tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perot ibu. bergegar saya dalam perot ibu. apa nih ayah, saya sakit lah. belai lah saya, saya teringin di cium oleh ayah. saya dengar ibu dan ayah bercakap kuat. tapi laju sangat butir bicara nya, macam mana saya nak paham.... then tiba-tiba saya rasa ibu jatuh terbaring. ayah tolak. aik takkan dorang nak beromantik kat sini kot? ganasnya ibu ayah saya. tiba-tiba ayah pijak perot ibu. adoi sakitnya saya! ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap, "baby, sayang bayi nih abang, jangan buat macam nih. jom lah kita kawin..." ayah tendang dan teros tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap. yer la saya pening di sepak terajang. tapi kenapa ayah buat saya macam nih? kenapa ibu dengan ayah belom kawin lagik? kenapa...................

lepas dari hari tuh saya tak penah jumpa ayah lagi. ibu pulak dah tak duduk dengan atok dan nenek. ibu duduk dengan kawan dia. aunty mira kot nama dia. saya tak suka lah aunty tuh, hari-hari suruh ibu minum air nenas. saya sakit tau bila ibu minum air nenas? tapi... ibu sayang saya. jarang sangat lah ibu minum selalu dia buang dalam sinki bila aunty tuh dah pergi kerja. tapi saya pelik lah, ibu hari-hari menangis. pegang fon, tekan-tekan, sms kot, then menangis. saya tak paham lah kenapa. kenapa yer korang?

makin lama, saya makin besar. ibu dah tak penah keluar rumah. yer la saya kan berat, kesian ibu angkat saya berat-berat. jadi ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikit, tengok tv, menangis dan tidor. saya pelik lah dengan ibu tak penah berenti menangis. mungkin saya berat sangat kot, maaf ibu! nanti saya dah besar saya jaga ibu balik, saya janji ibu..

oh saya terlupa nak cerita, hari tuh ayah saya datang. dia tengok ibu. dia cakap nanti dah bersalin bagi tau dia. ohh rupanya ayah sayang saya, tapi mesti ayah kerja jauh. mungkin hari tuh ayah penat lalu tersepak ibu. sukanya saya. saya ingat ayah benci saya tadi. ayah nih pandai bergurau lah. tapi ayah tak duduk lama pun. ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi, dan pergi. ayah tak pegang pon saya. mungkin ayah nak pegang saya secara life kot. tak seronok lah pegang beralas perot. hehehe.

dan akhirnya, satu hari tuh saya dah tak sabar sangat. saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perot ibu. saya rasa saya nak keluar. saya dah hint ibu banyak kali dah. saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih baring atas katil? kenapa ibu tak pergi hospital pon? IBU, SAYA NAK KELUAR NIH.....

ibu mengerang dan meneran kuat. saya nampak aunty mira duduk tepi katil dan biar ibu teros meneran dan keluarkan saya. aunty mira kol ayah kot, sebab saya dengar, "lekas lah datang, awek kau dah bersalin nih..." dan perlahan-lahan saya pon terkeluar. kesian ibu, banyak nya darah keluar, mesti ibu sakit kan? maaf ibu terlahir saja saya, saya dah banyak susah kan ibu. saya janji ibu lepas nih saya akan jadi anak yang baik. itu janji saya pada ibu.... dan ayah.

aunty mira letakkan saya dalam kain batik. ape la aunty nih mandi kan la saya. tak seronok lah ada darah-darah nih. karang ayah nak datang, nak pelok, nak cium saya. ibu dah la tengah terbaring sakit. wah indah nya dunia. ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga. akhirnya saya terkeluar juga. nanti saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas.

tiba-tiba ayah datang. ibu cakap, "abang, itu anak kita abang..." ibu tersenyum dalam sakit. ayah angkat saya laju-laju. rakusnya ayah nih, tau lah tak penah jumpa saya. hehehe. ayah bawak saya keluar rumah. ayah bawak saya naik motor, letak saya dalam raga, lajunya ayah bawak. AYAH SAYA SEJUKLAH! PAKAI KAN LAH SAYA BAJU. dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor. tapi ruang yang terbuka cuma kecil. ayah tutup saya dengan beg kerjanya. sayang jugak ayah pada saya, mungkin takot saya kesejukan. saya kira ayah rushing-rushing nih mesti nak bawak saya jumpa atok. tak sabarnya di pelok, di cium....

dan ayah berenti di satu rumah flat. mungkin nenek dan atok saya duduk sini. ayah bawak saya naik atas, guna tangga. kenapa tak guna lif ayah? saya kan berat kesian ayah. nanti saya balas jasa ayah yer. sampai tingkat atas sekali, ayah berdiri tepi tangga. sunyi tempat tu. mungkin ayah nak azan kan saya, romantik lah azan pon tempat sunyi. ayah ni kan......

ayah balut saya betol-betol guna kain batik aunty mira tadi. ayah ikat semua sekali. sampai saya tak punya ruang bernafas. AYAH, BERI SAYA RUANG UDARA, NANTI SAYA MATI LAH AYAH. SAYA BELOM BALAS JASA IBU DAN AYAH LAGI. SAYA BELOM UCAP TERIMA KASIH PADA IBU LAGI. SAYA BELOM JUMPA ATOK NENEK SAYA LAGI. SAYA BELOM PUAS LIHAT DUNIA LAGI. AYAH...................

dan saya rasa saya tercampak jauh. berlegar-legar sebentar sebelum teros jatuh mencium tanah. sempat saya lihat kereta, anjing, tong sampah, motor, lampu oren, pokok. dan sampai ke tanah............. mungkin saya di takdirkan untuk hidop hanya setakat ini. tepat jam 3 pagi saya menghembuskan nafas terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing. kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai. OH AYAH KU.......

TAPI............. APA SALAH SAYA? KENAPA INI NASIB SAYA? AYAH TAU BUKAN BERTAPA TERINGIN SAYA HIODP MELIHAT DUNIA? BERTAPA INGIN SAYA HIDOP MEMBALAS JASA? BERTAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA? BERTAPA TERINGIN SAYA PANDANG WAJAH IBU, AYAH, DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDOP BAHAGIA? AYAH....... SUNGGUH KALAU SAYA TAHU INI NASIB SAYA, SEDARI DALAM PEROT SAYA TELAN RACUN! SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK MATI DI SISI ANJING. SAYA TAK SAKIT DI BALING SEPERTI SAMPAH. SAYA TAK JIJIK DAN HINA SEPRTI SAYA KETIKA INI. MUNGKIN, TANGGAPAN SAYA TERHADAP DUNIA SALAH SAMA SEKALI. JIKA DI BERI RUANG UNTUK HIDOP SEKALI LAGI, TIDAK MUNGKIN SAYA KEMBALI. AYAH............. IBU........... SEMOGA KALIAN INSAFLAH DI DUNIA SANA. KITA KINI DI DUNIA BERBEZA...

bukan ciptaan asal therosputih
diambil hasil perkongsian rakan-rakan FB

-- menurut FB rakan, nukilan dikongsi daripada FB Emma

Monday, September 24, 2012

dugaan terhebat

dugaan ini
ku sambut tenang
walau kadang juga
diselang dengan air mata
namun ku akur
dan ku terima
dengan sepenuh hati
kerana ini
tanda cintanya padaku
tanda kasihnya padaku

dugaan ini
ku jalani sendiri
tanpa sesiapa di sisi
mungkin sudah suratan takdir
yang mengisahkan hidupku
sendiri dan sendiri
ditemani dugaan yang datang
inilah akhirnya
tiada keraguan lagi

selamat tinggal semua

Wednesday, September 19, 2012

masihkah

kehangatan cinta
antara kita
adakah masih kekal setia
di muara sana
aku tertanya-tanya

saban malam
aku merenung kelam
kerinduan ini ku pendam
takkan ku sesekali padam
kisah kau dan aku semalam

wahai sayangku
adakah kau tahu
betapa aku merinduimu
terlalu merindu
akan cinta dan dirimu

Sunday, July 22, 2012

ramadhan ini benar berbeza

masih ku teringat
dengan jelas
saat kita bersama
kau dan aku
meniti kebahagiaan
dengan cara kita
menyambut ramadhan
baik bersahur
mahupun berbuka
semuanya indah
biarpun dugaan melanda
kita tetap bahagia
dengan cara kita

ramadhan kali ini
aku benar-benar terasa
betapa kau
tiada di sisi
aku keseorangan
meniti saat ramadhan
namun 
kenangan itu
masih panas
dan masih jelas

ternyata
kerinduan ini
meruntun jiwa
melemahkan semangat yang ada

kasih
walau di mana kau berada
ramadhan ini
sudah jauh berbeza
moga kau bahagia

Saturday, July 7, 2012

kebahagiaan

kebahagiaan itu
letak bukan pada luaran
bukan pada senyuman
bukan juga pada air mata
tetapi pada hati

kebahagiaan datang dan pergi
sesuka hati
tanpa diundang
dan tanpa disedari
namun kebahagiaan itu
tetap dirasai

percintaan
tanpa kebahagiaan
umpama nira tanpa seri
kosong dan hampa
tidak berguna

suatu ketika itu
pernah datang
dan telah pergi
sehingga hari ini
aku masih menanti
kehadiran sebuah kebahagiaan hakiki

Monday, July 2, 2012

jauhkan sayang

sayang
berjauhan kita
bukan kerana benci
bukan juga kerana dendam
tapi demi cinta
yang hadir antara kita

denganmu sayang
aku bahagia
cukup bahagia
kenangan denganmu sayang
juga membahagiakan
aku bahagia
cukup bahagia

sayang
apa khabarmu sayang
ingin sekali aku berlari
mencarimu wahai sayang
ingin ku peluk dirimu
tanpa melepaskanmu lagi
inginku katakan padamu

aku sayang padamu
aku sayang padamu
dan
aku perlukanmu
for the rest of my life

Sunday, June 10, 2012

masihkah

setelah sekian lama
semalam
ada satu pesanan kosong
yang kau tujukan padaku
itu sahaja?
ya
itu sahaja
yang kau berikan kepadaku
setelah sekian lama
kau bersama dengannya
baru hari ini
kau menjelma
itupun kerana esok
bermula kisah dusta
jika tidak
pastikan tidak ada apa-apa

aku penat
masihkah ada ruang itu
untukku
seperti yang telah kau janjikan
atau
sekadar
omongan kosong
ketika aku di depan matamu
masihkah ada

Thursday, June 7, 2012

hingga hari ini

setelah sekian lama
dia pergi
dia masih membisu
sepi tanpa khabar
di mana janji-janjinya
yang penah dipatri dulu
masih adakah aku
terukir di hatinya

setelah sekian lama
aku masih begini
mencintai dirinya
sepenuh hatiku
tetapi dia?

hingga hari ini
aku masih menanti
janji-janji itu untuk dikota
aku masih menanti
namun hati ini
sudah sedikit tercalar
dia pergi bersama insan lain
meninggalkan aku
dan insan kecil
untuk membesar sendirian
tiada kasih darinya

sampainya hatimu
lupa pada janji

Saturday, June 2, 2012

anak ini

anak ini anak kita
lambang cinta antara kita
biarkan anak ini
membesar dengan kasih sayang
cukuplah dari aku seorang
kerana kau jauh dengan dia

anak ini anak kita
walaupun aku sendirian
namun aku tetap kuat
demi anak ini
demi cinta kita
aku tidakkan mengeluh

biarlah apa yang terjadi
ini anak kita
ini cinta kita
akan ku jaganya
lebih dari nyawa ini

Monday, April 23, 2012

CUKUP!!!

sehingga hari ini
aku masih mampu bertahan
kerana cinta yang kau berikan
tulus kepadaku
namun
air mata ini
tidak mampu lagi ku bertahan
biarkan saja mengalir
kerana hatiku terluka
benar-benar terluka

Wednesday, April 11, 2012

wake up in a reality world

he didnt come and help you? no, he didnt. but why? ask him, not me. a husband and a wife, they must help each other. perhaps.

perihal hidup

saban hari
aku menunggu yang tidak pasti
untuk kunjung tiba
namun
bila malamnya
tiada kesudahan
aku sendiri
dan akhirnya
aku menangis sendiri
tanpa ditemani
baik bulan
baik bintang
terseksa
batinku terseksa

aku kehilangan cinta
aku kehilangan nyawa
dan aku kehilangan kepercayaan
pada insan sekelilingku

Monday, April 2, 2012

sendu yang bertepi

sampai bila harus ku renangi sendu pada dirimu yang semakin menjauh, tidakkan bisa kita mampu bertaut, walau dentingan semakin berlalu, kau telah pun pergi

Saturday, March 31, 2012

aku bahagia (bahagian 3)

aku bahagia (bahagian 1)
aku bahagia (bahagian 2)

penderitaan ini
diteruskan lagi
tanpa henti
aku membawa diri

hidup ini umpama neraka
apa guna untuk hidup
hanya itu yang bermain
aku ingin mati
untuk tinggalkan semua ini

benar semua itu salah
kerana aku
membelakangi ajaran agama
namun aku buntu
mana satu jalan terbaik hidupku
membiarkan derita berpanjangan
membiarkan diri menjadi mangsa lelaki
atau
sesuatu perlu dilakukan

malam menjelma
hatiku gusar
bimbang terjadi lagi
derita demi derita
walhal aku sendirian
siapa lagi yang menjadi ancaman
hatiku sudah tidak dapat membezakan
antara realiti atau fantasi
hanya tangisan ini yang pasti
suci lahir dari hati
aku menderita wahai kawan

inikah kebahagiaan
yang diperkatakan itu?

Friday, March 30, 2012

aku bahagia (bahagian 2)

aku bahagia (bahagian 1)

kebahagiaan yang diperkatakan
membuat aku lemas
aku tidak punya kawan
jauh sama sekali pengikut
untuk ku kongsikan perasaan
yang terpendam

semakin hari
perkataan bahagia itu
benar-benar menyesakkan
aku ingin tamatkannya
ingin leraikannya
kerana aku tersangat kusut

MATI
ya, kematian
itulah jalan pintas
iman di dada
ku tolak tepi
aku tahu itu tindakan salah
aku cuma terdesak
aku mahu tamatkannya
aku mahu tenang
tanpa perkataan bahagia
menganggu hidupku

aku menderita
namun tiada siapa yang tahu
aku menangis
namun tiada siapa yang tahu
aku bahagia?
itu semua orang tahu

inikah kebahagiaan
yang diperkatakan itu?

Thursday, March 29, 2012

aku bahagia (bahagian 1)

dia bilang aku bahagia
mereka bilang aku bahagia
semua orang bilang aku bahagia
bahagia bahagia dan bahagia
aku lemas dalam kebahagiaan
yang disebut-sebut mereka

di saat aku dan dia
tamparan demi tamparan
kaki itu singgah
di mana sahaja tempat yang rendah
rambutku ditarik
mataku dan matanya
bertentangan
disusuli kekasaran lain
kerana dia mahu mengingatkan aku
kebencian yang dipendam

pernah sekali
aku bertanya
apa salahku
dan hentakan padu
di kepala dan badan
itulah jawapan yang ku terima
dengan ingatan
jangan ditanya apa-apa kepadanya

apa salahku
aku bertanya sendiri
salahkah aku kerana tidak menyayanginya?
benar
aku mengakui
aku benci padanya
dendam di hati
tidakkan bisa teralih
akanku kejar kamu
demi dendam kesumat

inikah kebahagiaan
yang diperkatakan itu?

trully for you

i have died everyday waiting for you

edward cullen

Tuesday, March 27, 2012

luka ini

sentapan semalam
masih terasa
panas dan pedih
menikam kalbu
menusuk rasa yang ada

hari ini
aku hidup dalam ketakutan
bimbang
gusar
khuatir
disakiti dan dikasari
oleh dirimu
yang berkuasa

ampunkan aku
kerana aku
tidak lagi mempercayai
dirimu
andai masih ada
keikhlasan
tidak mungkin
walau sekali
untukku percaya semua itu

mohonku
lepaskanku
dari cengkaman
tanpa belas kasihanmu
aku ingin bebas

Friday, March 23, 2012

seindah mawar


mawar itu indah
mawar itu lembut
dan mawar itu
sungguh mempesonakan

mata yang memandang
hanya memuji kecantikan
dan keindahan mawar
tiada sesiapa peduli

mawar itu
punya hati dan perasaan
namun sukar dimengerti sesiapa
kerana tiada yang menghulur

hari ini
mawar itu ditemani tangisan hati
tabahlah wahai mawar
kerana esok
tiada lagi mawar itu
kelopaknya gugur
satu demi satu

mawar oh mawar
penyeksaan mu itu
tiada diketahui sesiapa
bersabarlah mawar
dan bertahan

Thursday, March 22, 2012

bahagiakah kita?

Bahagia aku bukan terletak pada kamu...Bahagia kita bukan terletak pada aku dan juga kamu...Dan bila kita tiada bersama, bahagia itu tidak semestinya tiada...Walau kita disatukan, belum tentu bahagia itu ketemu...Kerana bahagia itu adalah satu nikmat pada perhubungan di mana hanya dengan izinnya...

Monday, February 27, 2012

realiti

jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja, kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu, mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.... begitulah juga, setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang, setelah dia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja, kerana dia akan TERLUKANoleh kenangan bersamamu, mungkin dia TIDAK DAPAT MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu...

dia hatiku

aku tidak akan berhenti menemani dan menyayangimu dan sebelum aku mati tidak putus doaku kepada ilahi satukan kami di syurga tuhan jagalah dia untukku tuhan aku sayang dia

Sunday, February 26, 2012

tangisan kasih

cinta ini masih ada
sayang ini pun masih ada
tetap setia untuk dia
walau hidup ini
semakin menjauh
janji ini janji hati
yang sudah tertulis
tidakkan bisa berubah
andai kata beranak pinak

ini hanya kata hatiku
belum ku tanya kata hatinya
ahh...tidak usah
cukup dengan diri sendiri
ditemani air mata
tangisan ini
tangisan kasih
cinta dan sayangku untuk dia

setiap yang berlaku
mulai saat ini
bukan lagi milikku
apa yang tinggal
hanyalah kenangan
antara aku dan dia
kenangan ini
milik aku selamanya

Friday, February 17, 2012

kebencian

malam yang dingin, ditemani kesakitan yang mencucuk, sendiri, sakit ini, ibarat cinta aku, semakin sakit, semakin lemah, mereka di sekeliling bertepuk tangan, kerana cinta aku, tewas di tangan si dia. aku tidak punya kekuatan, usahkan berdiri, duduk ini, sudah cukup untuk membunuhku, aku sudah tidak mampu lagi, meneruskan sebuah kehidupan yang tersangat menyakitkan. memerhati siling itu, terhampar sebuah cinta, yang memakan diri, aku biarkan kau, menikmati kebahagiaan, lepaskan aku, bersama kenangan itu, bahagia aku hanya pada ketika itu, kini, aku sudah mati, untuk selamanya.

Wednesday, February 8, 2012

angan-anganku

dulu
semua angananku
engkau yang menggubah
namun kini
baik anganan
mahupun impian
semuanya sendiri
dari mula
saat ku buka mata
sehinggalah lena pertamaku
sendiri
dan sendiri
engkau hilang entah di mana
kelam bersama
insan ketiga yang hadir

aku musnah
bersama angan-angan si mat jenin

Monday, January 30, 2012

renggutan hati

masih ku ingat
setiap bait kata
yang keluar dari mulutmu
umpama hirisan belati
luka lama
berdarah kembali
mengapa begitu tajam
sinis sekali
jahat sangatkah diri ini
di mata mu
atau
kejam sangatkah diri ini
di hati mu
tidak bisa lagi diri ini
menahan dugaan mu itu
cukuplah untuk kesekian kali
aku memohon pada mu
andai benar jahat itu aku
andai benar kejam itu aku
biarkan aku
usah didatangi lagi
kerana aku ini jahat
kerana aku ini kejam
biarkan sahaja aku sendiri
aku cukup dengan kasih
yang engkau beri ini
tidak mahu aku
meminta lebih dari itu
aku bahagia

Sunday, January 29, 2012

tenang sayang

tenang sayang ku pasti akan menjemputmu jika sudah tertulis engkau milikku tidakkan bisa kita berpisah kerana kita sudah bersatu tetapi bagaimana harusku tenang wahai sayang jarak antara kita engkau bukan milikku aku juga bukan milikmu walau hati ini hanya tertulis namamu tidak dua atau tiga hanya satu nama engkaulah penyeri jiwaku wahai sayang tenanglah ku pasti menjemputmu sehingga itu ku bebaskan dirimu untuk sekelilingmu agar bisa mengubat dukamu itu semua sudah tidak bererti lagi apa yang ku mahu dan apa yang ku harapkan engkau bahagia sahaja wahai sayang mungkin bukan bahagia denganku tidak mengapa ku mahu engkau senyum kerana senyumanmu itu penawar segala lara hidupku wahai sayang yakinlah cintaku padamu tidakkan pernah mampu berubah kasih ku tetap untukmu sayangku pujaan hati

Friday, January 27, 2012

bintang kelam

aku sudah biasa
ditemani kasih rembulan
dan kasih sang bintang
saban malam
aku ke sini
untuk berjumpa buah hatiku
menanti belaian rindu

malam ini
bintangku membawa diri
yang ada hanyalah sang bulan
terasa malam ini
sudah tidak bermakna lagi
bila aku sendiri
bila bintang merajuk

Wednesday, January 18, 2012

malam ini hujan

di luar kehujanan meninggalkan aku dalam kesejukan aku menggigil mencari sumber kekuatan yang ada tetapi di mana dia cahaya kasihku

Sunday, January 8, 2012

jarak antara kita

benar hari-hari kita semain sukar untuk dijalani kau kata kau sudah berserah longlai menghayun langkah kerana kau dan aku semakin jauh dan jauh tetapi tahukah dirimu selagi hati ini tertulis namamu selamanya aku bahagia sayang kerana ku tahu kau sentiasa bersamaku tidak mengira waktu tidak juga mengira penat wahai kekasih ketahuilah olehmu aku tidak pernah walau sesaat melupakan dirimu sentuhanmu, belaianmu dan kata-katamu mekar di hatiku aku bahagia kerna kau menyayangiku walau kita berjauhan namun hati kita sama saling merindui saling mencintai dan saling memerlukan aku sayang padamu kasih
Related Posts with Thumbnails