Saturday, March 31, 2012

aku bahagia (bahagian 3)

aku bahagia (bahagian 1)
aku bahagia (bahagian 2)

penderitaan ini
diteruskan lagi
tanpa henti
aku membawa diri

hidup ini umpama neraka
apa guna untuk hidup
hanya itu yang bermain
aku ingin mati
untuk tinggalkan semua ini

benar semua itu salah
kerana aku
membelakangi ajaran agama
namun aku buntu
mana satu jalan terbaik hidupku
membiarkan derita berpanjangan
membiarkan diri menjadi mangsa lelaki
atau
sesuatu perlu dilakukan

malam menjelma
hatiku gusar
bimbang terjadi lagi
derita demi derita
walhal aku sendirian
siapa lagi yang menjadi ancaman
hatiku sudah tidak dapat membezakan
antara realiti atau fantasi
hanya tangisan ini yang pasti
suci lahir dari hati
aku menderita wahai kawan

inikah kebahagiaan
yang diperkatakan itu?

No comments:

Related Posts with Thumbnails