Friday, March 23, 2012

seindah mawar


mawar itu indah
mawar itu lembut
dan mawar itu
sungguh mempesonakan

mata yang memandang
hanya memuji kecantikan
dan keindahan mawar
tiada sesiapa peduli

mawar itu
punya hati dan perasaan
namun sukar dimengerti sesiapa
kerana tiada yang menghulur

hari ini
mawar itu ditemani tangisan hati
tabahlah wahai mawar
kerana esok
tiada lagi mawar itu
kelopaknya gugur
satu demi satu

mawar oh mawar
penyeksaan mu itu
tiada diketahui sesiapa
bersabarlah mawar
dan bertahan

No comments:

Related Posts with Thumbnails