aku bahagia (bahagian 1)
kebahagiaan yang diperkatakan
membuat aku lemas
aku tidak punya kawan
jauh sama sekali pengikut
untuk ku kongsikan perasaan
yang terpendam
semakin hari
perkataan bahagia itu
benar-benar menyesakkan
aku ingin tamatkannya
ingin leraikannya
kerana aku tersangat kusut
MATI
ya, kematian
itulah jalan pintas
iman di dada
ku tolak tepi
aku tahu itu tindakan salah
aku cuma terdesak
aku mahu tamatkannya
aku mahu tenang
tanpa perkataan bahagia
menganggu hidupku
aku menderita
namun tiada siapa yang tahu
aku menangis
namun tiada siapa yang tahu
aku bahagia?
itu semua orang tahu
inikah kebahagiaan
yang diperkatakan itu?
Friday, March 30, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment