dia bilang aku bahagia
mereka bilang aku bahagia
semua orang bilang aku bahagia
bahagia bahagia dan bahagia
aku lemas dalam kebahagiaan
yang disebut-sebut mereka
di saat aku dan dia
tamparan demi tamparan
kaki itu singgah
di mana sahaja tempat yang rendah
rambutku ditarik
mataku dan matanya
bertentangan
disusuli kekasaran lain
kerana dia mahu mengingatkan aku
kebencian yang dipendam
pernah sekali
aku bertanya
apa salahku
dan hentakan padu
di kepala dan badan
itulah jawapan yang ku terima
dengan ingatan
jangan ditanya apa-apa kepadanya
apa salahku
aku bertanya sendiri
salahkah aku kerana tidak menyayanginya?
benar
aku mengakui
aku benci padanya
dendam di hati
tidakkan bisa teralih
akanku kejar kamu
demi dendam kesumat
inikah kebahagiaan
yang diperkatakan itu?
Thursday, March 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment