Monday, May 5, 2014

benci

betapa aku benci
mencintai dia
yang tidak pernah
mencintaiku

betapa aku benci
menunggu panggilannya
meskipun telah aku khabarkan
betapa aku merinduinya

betapa aku benci
mengenangkan dirimu
yang sedang bahagia di samping si dia
yang telah memiliki dirimu

betapa aku benci
dengan diriku sendiri
kerana terlalu bodoh
menyerahkan rasa cinta
pada dia yang tidak mengerti
kasih dan sayangku padanya

Tuesday, April 8, 2014

enggan

hati ini
enggan berganjak
masih tetap setia
pada cinta yang telah pergi

mata ini
enggan beralih
masih tetap menunggu
kelibatmu datang menerjah

tangisan ini
enggan berhenti 
masih tetap mengalir
biarlah ia terus begini

rasa ini
enggan pergi
masih tetap di sini
cintaku tetap padamu

hati ini tetap untuk mu
mata ini tetap untuk mu
tangisan ini tetap untuk mu
rasa ini tetap untuk mu
enggan berganjak
enggan beralih
enggan berhenti
enggan pergi
kerana aku tetap setia
pada cinta mu
walaupun kau telah pergi jauh
meninggalkan aku 
aku tetap mencintaimu
sayangku
Related Posts with Thumbnails