Saturday, January 1, 2011

hari ini juga indah

memasuki era baru
perlu menentukan semula
segala azam dan impian
demi membangkitkan
segala usaha dan tindakan
barulah hidup sentiasa segar
mahu mencapai kejayaan
tahun ini
azam baru telah terhampar
menanti usaha mengutip
dan digantung dalam hidup
itulah dia
koleksi kejayaan aku
nampak tidak tersusun
nampak tidak kemas
kerana ia lambang hidupku
yang bengkang bengkok
tidak mengapa
asal penghujungnya
mampu ku capai
biarlah bersusah sedikit
tapi manis dapat dirasa
kejayaan dicapai

No comments:

Related Posts with Thumbnails