Saturday, August 13, 2011

gunting dalam lipatan

hari ini mahu belajar
memotong dan menjahit
kain sudah dibeli
dek tertarik dengan corak
cikgu cakap
hampar kain luas-luas
lepas itu lukis garisan
ukur ikut badan
tak boleh ukur di badan sendiri
ambil gunting
potong kain ikut garisan
tetapi mana guntingnya
di dalam bekas tidak ada
di dalam laci pun tidak ada
di mana gunting
hamparan kain tadi
terbentang luas
ditenung-tenung
barulah disedari
gunting di dalam lipatan
diam bersahaja
apabila diangkat kain
ternyata kain sudah tergunting sendiri
koyak dan rompong
kain sudah rosak
tidak boleh diperbaiki
dibuang sahaja kini
gunting dalam lipatan
dalam diam kau menikam
tuan punya kain

No comments:

Related Posts with Thumbnails