Monday, January 7, 2013

antara kita

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau jarak jauh
hati kita tetap dekat

cinta antara kita
semakin hari 
semakin mekar
aku bahagia begini

Friday, January 4, 2013

hatiku merah

dalam keramaian itu
mata ini terpaku
hanya melihatmu
yang segak di situ

dalam hilai tawa
yang tercipta
kau tetap diam tanpa bicara
hanya memandang penuh tanda tanya

aku mencari keberanian
untuk menegur dan memulakan
sebuah cerita sebagai bidalan
dan kau membalas senyuman

benarlah kata pepatah
cinta itu indah
hatiku berbunga merah
hidupku cukup bertuah

Wednesday, January 2, 2013

kau yang lupa pada janji

dulu
pernah kau lafazkan
bahawasanya kau
tidak akan pernah
walau sekali
untuk meninggalkan aku
dan aku
percaya kata-katamu

tetapi kini
apa yang telah berlaku
langsung tidak dapat bayangkan
walau berkali-kali
telah ku cuba
untuk mengerti
seakan deria sudah mati
aku terpinggir
di dalam sebuah cerita
yang bernama
percintaan tiga segi

kerana kasih
ku turutkan segalanya
dan kerana sayang jualah
ku pendam semuanya

cinta anganku musnah
tanpa sempat ku
membuka anak mata
Related Posts with Thumbnails