Thursday, October 7, 2010

satu yang ramai

satu jarak
pemisah satu perhubungan
satu rasa
penyambung satu cerita
satu rindu
penyambung satu ikatan
satu kasih
penyambung satu generasi
satu gelora
penyambung satu kehangatan
ternyata
kaulah satu dalam berjuta

Monday, October 4, 2010

aku yang hina

di sini aku
di sana aku
hanya aku
mengutip sisa derita
yang ditinggalkan mereka
untukku hampar
menjadi kehidupan
jatuh bangunku di sini
ditemani cahaya kelam
berendam si air mata
tiada siapa sudi berpaling
ke arah diriku
yang lara
bimbang terpalit sama
nasib malang diri ini
pungguk pun enggan bertenggek
apatah lagi yang berharta
akulah insan luka
yang penuh kisah duka

diamnya matahari

matahariku
matahariku
matahariku
tidak lagi mendengar suara tangisan itu
tinggallah dia
keseorangan
tanpa matahari
walau berjuta warna pelangi
walau berjuta cahaya suci
tiada yang mendengar
hanya ada
sebuah diam sepi
dan puisi tentang hidupnya
yang tidak mampu
menakluk hati akalnya

Monday, September 27, 2010

kisah yang jauh

kisah dia
kisah aku
kisah kita
berbeza
berlainan
dan tidak setara
namun
antara kisah yang jauh ini
punya titik keserasian
bila mana emosi bersatu
di situ kita bertemu

Friday, September 17, 2010

pandangan dia

kerana dia
aku tersenyum gembira
kerana dia
aku menangis hiba
kerana dia
aku muncung memanjang
kerana dia
huh...pahit pun jadik manis
semuanya kerana dia
rasa macam nak nyanyi lagu dangdut
tapi malu
tak reti gelek
lagipun di khalayak ramai
aku malu

hari ini
aku berteman pandangannya
terasa dunia ini ana yang punya
tapi aku kena ingat
selama mana lah sangat pandangan ni milik aku
tak lama
tak lama
tapi tak mengapa
aku pasrah
hari ini perlu dilalui
supaya hari esok datang
hari esok-esoknya pun datang
semoga ketabahan bertambah
seiring dengan kekuatan diri

entry ini mengarut sahaja
buat-buat macam bagus
tapi dalam
hancuss lagi hampehh

Friday, August 27, 2010

jika itu takdirnya

kau dan aku
terpisah kerana takdir
dulu
ku rasakan kau milik aku
kini
aku sangsi dengan perasaan ini
adakah ini yang aku rasa
atau aku yang mencipta rasa ini
semuanya berbaur
membuatku sesak sendiri
kau dan aku
tidak semudah dulu
semuanya sukar dan perit
perubahan dan perubahan
membuatku semakin sakit
andai kau bukan milikku
permudahkanlah hubungan ini
andai kau milikku
permudahkanlah hubungan ini
kerana aku semakin terseksa

Wednesday, August 18, 2010

aku

sunyi
sendiri
terluka
tangisan

semakin lama
semakin sebati
dalam jiwa ini
sehingga sukar diubati
inikah akhiran hidup aku
masih adakah sinar kebahagiaan?
aku yang tertanya-tanya
Related Posts with Thumbnails