Friday, January 4, 2013

hatiku merah

dalam keramaian itu
mata ini terpaku
hanya melihatmu
yang segak di situ

dalam hilai tawa
yang tercipta
kau tetap diam tanpa bicara
hanya memandang penuh tanda tanya

aku mencari keberanian
untuk menegur dan memulakan
sebuah cerita sebagai bidalan
dan kau membalas senyuman

benarlah kata pepatah
cinta itu indah
hatiku berbunga merah
hidupku cukup bertuah

Wednesday, January 2, 2013

kau yang lupa pada janji

dulu
pernah kau lafazkan
bahawasanya kau
tidak akan pernah
walau sekali
untuk meninggalkan aku
dan aku
percaya kata-katamu

tetapi kini
apa yang telah berlaku
langsung tidak dapat bayangkan
walau berkali-kali
telah ku cuba
untuk mengerti
seakan deria sudah mati
aku terpinggir
di dalam sebuah cerita
yang bernama
percintaan tiga segi

kerana kasih
ku turutkan segalanya
dan kerana sayang jualah
ku pendam semuanya

cinta anganku musnah
tanpa sempat ku
membuka anak mata

Monday, December 31, 2012

igauan

saban malam
wajahmu hadir menemani
dalam lenaku
kau hadir
di sini
tiada apa yang terucap
hanya membisu sahaja
kasih
hatiku sudah terguris
dek tingkah laku mu
antara kau dan dia
apa lagi yang tinggal untuk aku
aku tertipu
dek kata-kata manismu
betapa aku terkesan
dengan semua ini

Saturday, December 29, 2012

kerinduan

rindu padanya
yang jauh di sana

sayang padanya
yang jauh di sana

Friday, December 28, 2012

dia yang menjauh

saban hari
aku menunggu kehadirannya
untuk menjemputku
bawaku pergi
jauh dari sini
bersama-sama dengannya

aku masih setia
menunggu akan kehadirannya
hari berganti hari
kesetiaan ku tercalar

masih adakah cinta di hatinya
untuk diriku

terpaksaku memujuk diri
membawa lara yang ada
ditemani sepi malam
yang semakin kelam

sabarlah wahai hati

Sunday, December 9, 2012

perit

hati ini
sejujurnya masih sama
tidak ada yang berubah

namun
retak yang melanda
seakan sukar dibendung lagi

mengapakah mudah bagi dirimu
membohongi diri ini
dan menyatakan yang palsu
kepada ku
agar kedengaran manis-manis sahaja

sungguh
aku tertipu
dek cerita mu itu

hari ini
aku terasa sangat jauh
dari cinta kamu untuk ku

seakan-akan
kau sudah lupa padaku

Wednesday, November 7, 2012

samad dan mcd

•Samad : "helooo...mekdi?
~McD : "iye...McD sini..nak pesan ape encik?
•Samad : "ayam ade?"
~McD : "ade..."
•Samad : "boleh beradu dgn ayam laga sy x?"
~McD : "huh?" (letak telefon)

•Samad : "hello mekdi ke ni?"
~McD : "iye betul.. ooow ini yg tadi telefon yeee!!!
•Samad : " nak tanye makanan ini... ayam ade lagi?"
~McD : "ade...!!!"
•Samad : "nasi...dgn eskrim ade?"
~McD : "msh ade..."
•Samad : "kesian....tak laku ekkk...?"
~McD : "dasar orang gilaaaa!!!" (letak telefon)

•Samad : "hello mekdi?"
~McD : "orang gilaaa ko jgn main2 ek!!!"
•Samad : "iye... maaf nak tanye, bukak 24 jam ye?"
~McD : "iye.. nape? nak pesan pape?"
•Samad : "tak... cuma kesian x tidur2 nih..."
~McD : (baling telefon)

•Samad : "hello ini mekdi?"
~McD : "ko jgn lebih2, aku blasah baru ko tau..!!! (start marah dh)"
•Samad : "maaf... serius sekarang nak pesan makanan nih"
~McD : " haa cmtu laa.. jgn main2 lg ye ... pesan ape?"
•Samad : "bubur kacang hijau besar punye 1"
~Mcd : (kejang... mulut Berbuih....& pengsan..)




perkongsian rakan2 di fb
Related Posts with Thumbnails