Sunday, April 4, 2010

erti satu derita

dalam kepayahan menanggung derita
aku memahami satu cerita
segala jalinan kata
terungkai menjadi nyata
hanya si hati buta
tidak memahami apa-apa
dalam payah sengsara
tetap diam tanpa bicara
dek kerana derita
segala terbuka depan mata
tersingkap semua
aku yang baru terjaga
masih menggosok mata
sekadar mampu terkesima
inilah dia pentas dunia

2 comments:

JIVEBUMZ said...

pandai ain buat sajak yer.. tahniah!

'ainrahimin said...

takdelah pandai mana jivebumz...budak baru nak belajar...

Related Posts with Thumbnails