dalam kepayahan menanggung derita aku memahami satu cerita segala jalinan kata terungkai menjadi nyata hanya si hati buta tidak memahami apa-apa dalam payah sengsara tetap diam tanpa bicara dek kerana derita segala terbuka depan mata tersingkap semua aku yang baru terjaga masih menggosok mata sekadar mampu terkesima inilah dia pentas dunia
Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja… aku dekati ibu Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku… ibu Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “ Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok… aku cari pasanganku Bila sedih… aku cari Ibu Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat Ibuku Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu… aku ingat pasanganku Selalu… Ibu ingat kat aku Bila..bila… aku akan talipon pasanganku Entah bila.. aku nak talipon Ibu Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Pagi ini suluh mentari menghantar pulang Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir Diasak embun desa termanggu di halaman Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang Rumah papan atap rumbia menyentak perantau Sepi di beranda...
Kuatur langkahku sebak Syahdu dan gementar Ada tangisan di wajah Menyentuh kenangan di gerbang pintu Ayah selalu berkisah Kuakan pintu itu ada nasihat Masih basah keringat Memantul warna senja kepulanganmu Tanpa sungutan
Cepat benar masa berlalu Waktu ayah menyambutku pulang Usiamu diterjah putih kelabu Ada perit getir di wajahmu Kedut yang membungkus wajahmu Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah Menghantar seribu luka di tumitmu Dulunya menguak rahsia jalan Aku menyambut memapah tubuh gementarmu Kulihat dengan genang air mata Sejuk dahiku kau kucup penuh restu
Sepohon pokok rendang tua Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah Tentang kasihan ibu kepada kami Kata ayah “ibumu selalu sabar Memahat senyuman pada dedaun padi Yang menjadi alas kehidupan”
Ayah, Seperti ibu yang selalu menangis gementar Memanjat harapan ke hadirat-Nya Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan Di antara turun hujan dan air matamu Waktu ayah menghambakan hayat Menyuah seluruh nafasmu ke bendang Antara tergesa-gesa dan mengah Dalam cahaya senja
Ayah, Anak-anakmu yang sudah dewasa ini Sesal dan terharu Bagai kehilangan kuasa lidah Sekalipun untuk mahu memohon maaf Atau.... Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu Yang waktu kecil kami dahulu Selalu juga gagal ... .....Gagal kami temui dalam setiap dakapan .....Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu .....Gagal kami dengar dalam setiap doamu Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan Mengharapkan naluri ayah bertemu bisik hati kami Betapa kami.... tidak mampu pun suarakan saat kami menyusun jari di pangkuan mu dalam tangisan
Ayah, Terima kasih kerana airmata mu Tidak pernah gagal prihatin untuk kami Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan Tidak pernah gagal mengasihani kami Terima kasih kasih sayangmu yang takjub Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu Terima kasih atas segala susah payah Tidak pernah gagal memanjatkan doa
Doa ibu membawa ke syurga Doa ayah jalan ke syurga
tika ini air mata membasahi ruangan kecil pipi tiada siapa di sisi hanya diri sendiri aku sepi terasa kekosongan di sini biarlah aku tangisi segala yang terjadi tidak mungkin akan kusesali