Friday, May 21, 2010

hujan selepas panas

terasa sungguh riang
umpama burung di langit
terbang tinggi sekawan
menikmati cahaya terik si matahari
nafas ditarik dihembus
lega
terasa panas ini hingga ke petang
sungguh yakin
mustahil untuk hujan
mustahil
panas petang ini ku hayati sepenuhnya
lenguh memandang sebelah kiri
ingin ku alih pandangan
perlahan kelopak mataku jatuh
dapat kurasakan titik-titik sejuk
menyapa lembut mukaku
hujan turun petang ini
meninggalkan panas petang ini
segalanya hancur
hujan turun
panas menghilang

Sunday, May 2, 2010

see you in court

telah ku cuba
tegarkan hati ini
namun aku tidak berdaya
emosiku lebih berani
terlebih dahulu tampil ke depan
menuntut bela ke atas air mata
juga ke atas hati
hati telah membawa diri

Monday, April 19, 2010

menanti ujian

adakah aku sudah bersedia?
menempuh cabaran di sana
debaran dada meningkat
aku tidak sanggup diuji
kerana aku bukan kuat
aku bisa gugur
apabila ditiup dugaan
ohh...
tabahkan hati ini
kuatkan semangat ini
hanya itu mohonku

Sunday, April 4, 2010

erti satu derita

dalam kepayahan menanggung derita
aku memahami satu cerita
segala jalinan kata
terungkai menjadi nyata
hanya si hati buta
tidak memahami apa-apa
dalam payah sengsara
tetap diam tanpa bicara
dek kerana derita
segala terbuka depan mata
tersingkap semua
aku yang baru terjaga
masih menggosok mata
sekadar mampu terkesima
inilah dia pentas dunia

Tuesday, March 30, 2010

rindu

pusing kiri pusing kanan
semua serba tak kena
ada sahaja yang tak berkenan
kenapa dengan aku ni
gila meroyan dah ke
alah
mengaku sajalah
buat apa nak malu
buat apa nak segan
kalau tak mengaku
tipu diri sendiri namanya
habis tu macam mana
mengaku?
sebenarnya
aku rindu dia

Wednesday, March 17, 2010

dua kisah

kisah I
walau apa yang berlaku
aku tetap di sisi
menemani mu
tanpa seinci berpaling
teguh setia
demi kasih ini

kisah II
sukar sekali dikau memahamiku
payah benar untukmu berkongsi
sakit untukmu bersamaku
kenapa kenapa kenapa
apakah dikau sudah berubah
meninggalkan segala janji kita

Sunday, March 7, 2010

bila dia menyusun kata

terfikirku sendirian merenung, masa depan yang jauh untukku tempuhi, kuharap hari2 mendatang dipenuhi kenangan terindah dalam hidupku....

notakaki : semoga dia bahagia dengan apa yang dimilikinya hari ini...

Related Posts with Thumbnails